Wednesday, April 21, 2010

kepuasan


Hmm....baru semalam aku kol ibu nak mintak pandangan nak kol syabas daerah..nk tanye prosedur dan berape jumlah bayaran tertunggak.yela..takut gak kite nak berbuat baik ni orang tersalah pandang. so kene tnye ayah dulu takut duit tak masuk lagi.

Tiba2 ibu bagi mesej pagi tadi kata 'akak da bagitau ayah dan a ke?' aku pon jawab 'xde la..'kenape?'. ibu kata 'xdela...macam dua2 tau2 lak..hehe'. aku pon katela... 'biasela instint...=)

so segalanya beres...aku dan keluargaku rasa gembira sangat kerna dapat beri sinar pada 1 keluarga yang susah yang putus bekalan air selama beberapa tahun. bayangkan apa perasaan mereka yang selama ini tak dapat satu keperluan yang kita ada, tetapi satu hari Allah memberikan nikmat dan kegembiraan "nikmat sebenar air itu". Mesti mereka gembira....

yaaa....itulah yang patut kita sebgai manusia lakukan, tak perlu kita terlalu kaya, kaya...tetapi cukupla walaupun nikmat yang Allah beri adalah sederhana, tidak terlalu susah, tidak terlalu senang, tetapi dengan nikmat itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan. kerana itu apa yang keluarga kami praktikkan ini, alhamdullilah kami tidak pernah putus makan, pakaian dan sebagainya. sentiasa cukup seolah Allah membantu kami...walhal kewangan dan perbelanjaan tidak cukup hingga sebulan..itulah nikmat bersedeqah...itu janji Allah pada hambanya. tidak perlu banyak, cukup sekadar sedikit kita berkongsi nikmat itu..dan pada hari ini juga akhirnya keluarga aku dapat merealisasikan janji mereka membantu salah seorang mereka yang susah walaupun kami tau kebaikan yang diberikan mungkin tak sama jika diberikan pada mereka yang senasib dengannya.

Yang penting..apa yang kami sekeluarga pegang...jangan mengharap balasan,harus ikhlas kerana tidak semesti mereka yang akan membalas tetapi mungkin juga orang lain yang akan membantu kita tika kita susah, alhamdullilah dapat berkongsi sdikit rezeki bersama mereka yang memerlukan, dapat memberi sedikit sinar dan cahaya pada mereka yang susah tidak kira siapa mereka, apa yang mereka pernah lakukan dan sebagainya.

Apa yang ibu bapaku ajar dan didik padaku..apa yang ku lihat dari kecil, kesabaran yang dimiliki ibu bapaku dalam menangani fitnah, tomahan dan cacian orang tanpa membalasnya...hanya berdiam, bersabar dan berdoa, sentiasa melakukan ihsan dan berbuat baik pada mereka walaupun sentiasa menerima cacian sehingga pada satu masa, pada satu ketika walaupun beberapa tahun sudah berlalu...insan yang membuat fitnah dibukakan hati oleh Allah s.w.t sedar akan kesilapan mereka...dan alangkah lapangnya hati dan dada orang tua ku apabila mereka sendiri memeluk dan menegur dengan penuh erat dan keikhlasan...yang selama ini pabila kedua orang tua ku ingin bersalam sesudah selesai menunaikan solat, mereka menepis dan berpaling tidak mahu bersalaman. Itulah kuasa dan kebesaran Allah.

itulah yang ku pelajari daripada mereka..aku melihat sendiri apa yang dilalui mereka, kesabaran yang mereka miliki serta prinsip yang mereka amalkan 'sentiasa bersangka baik sesama manusia sesungguhnya manusia akhirnya akan bersangka baik pada kita' dan 'sentiasalah kamu berbuat baik pada sesama insan walaupun insan itu tidak menghargai dan membuat buruk pada kamu, tidak mengapa, ikhlaskan hati dan sentiasa tersenyum kerana itu adalah ujian yang Allah inginkan untuk melengkapkan kita sebagai hamba dan menaikkan darjat kita sebagai hambaNya..jangan kita balas perbuatan mereka.." itu adalah apa yang mereka selalu terapkan padaku....


sbb itu, dari dulu walaupun rakan2 ku membuat onar, melayanku dengan buruk tetapi aku tidak pernah membalas..malah hati ini lembut memaafkan apabila mereka meminta maaf dan aku pula yang rase bersalah dan memeluk mereka...sbb mengapa? sbb bila aku dilanda musibah...biasenya aku akan memaafkannya dan tidak mengambil hati walaupun pada saat pertama kita terlalu sedih atas apa yang berlaku, selepas itu aku akan menolak semua perasaan tidak elok itu....

Ok..kita stop citer2 sedih ni....bergembiralah selagi mana kita di muka bumi Allah nie =)
Apa yang aku nak cerita skarang ni ialah.....apa yang paling aku teringin dan nak sangat pergi....
nak pergi sangat2 makan2 kat "LOOK OUT POINT"...
sampai skrang tak berpeluang lagi...waa...jeles sangat2 tgk gambar kawan2 pergi sana, makan2...bergambar...isk =(
bestnyer.....nak pergiiii.....hukhuk. tak tau la bile dapat.....

haaaa....kat sudut belakang tu la aku teringin nak duduk....waaa

salah sebuah restoran

yummmyyy...... =O

Sunday, April 4, 2010

minggu pertama april

Hausss.....puasa hari 1st...banyak membuat dan menerima panggilan....huh...
water water hahaha..tahann tahannn.... ^_^.

kalu dulu msti dia sindir gurau kat aku...
"itula dr dl xnak ganti puasa...kan da teruk nk puasa.."so skrg ape lagi..mula bertindak ikut nasihat..hehe...pas2 dia akan bg semangat..teruskannnnn dan aku bergelimpangan bila petang kelesuan...hahaha...tapi skrg, pandai2 sendiri la jaga diri...makan ke x ke, sahur ke x ke sorang2 tau...hihi

Friday, April 2, 2010

arhhhh.....bangunn


Air mataku berguguran kembali.....di luar hujan lebat membasahi bumi,seiring dengan air mataku...ku duduk lesu menahan sebak, beban di dalam dada. Ya Allah...kenapa semakin ku berusaha untuk melupakannya..semakin dekat bayangan dirinya padaku..aku tidak mampu lagi ya Rabbi...bantulah aku..mane diriku pergi??mane??mane dia menghilang....ya Allah kuatkanlah hatiku...aku bukan diriku lagi...
Pagi ni..entah kenapa masa drive ke office....lagu tilu-ku bukan aku ku hayatinya.....Allah...sungguh berat ujian-Mu......bait-bait lirik adalah apa yang tercoret di hatiku

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksakan
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kembali

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu


Wednesday, March 31, 2010

sassy gurl



Tengah mengikuti cerita ini.....tau aku dah ketinggalan..huhu...even ibu aku pun da tengok...hahaha
memang dari dulu suka sangat lagu ni...kalaula lagu2 kat Malaysia mcm ni...ala2 korea...fuhhh gempak tu...hehehe.....ape2 pon layannn~~~~

tisu plizzzz.......hehehehe

Tuesday, March 30, 2010

cinta.......


-pic in sassy girl-

"Cinta itu....banyak pengertian....
tetapi bagiku cinta adalah....
kawan sejati bagi hati dan perasaan kita

Orang yang mencintaimu telah mengenalimu
dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang..
Oleh itu, jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya,
sebab keelokan parasnya akan dapat menyesatkan.

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerna kekayaan akan dapat kemusnahan.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah
ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya
Dari kesusahan itu akan perolehi kesenangan dan kebahagiaan
seperti durian berduri kerana sedap isinya,
kulit manggis pahit kerana manis di dalamnya
dan bunga ros berduri kerana harum baunya....
dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi.....
kamu harus menerimanya walaupun sepahit hempedu..
walaupun kamu jatuh tersungkur
walaupun cinta hatimu terlalu kuat tersimpul untuknya
relakanlah dia pergi....
demi kebahagiaannya....
demi erti sebuah senyuman....
itulah hadiah terbesar darimu
walaupun hatimu terlalu hancur untuk membiarkannya pergi

ada apa?

Tadi petang...masa aku nak siap2 nak balik singgah la kejap kat kaunter office aku.... ada kak kamariah, kak umi and kawan2 aku....
Borak2 jap before balik...tetibe kak umi (yang paling ku senangi di office) kata "hieee....cantiknya beg gold tu.."
Dia terus amek handbag aku...membelek2 dan dengan nada bergurau "lelong2..." hehe...aku tergelak melihat keletahnya....

Then dia kata "haaa......ni mesti boyfriend bagi...." terdiam seketika kemudian... "takpon mesti handbag tunang...." Ya Allah....tersentap jantungku menahan dari terus gugur..." Alhamdullilah aku mampu lagi menghadapi dugaan ini...seperti Allah ingin mengujiku sekali lagi pabila terdengar ungkapan itu...apa yg boleh ku katakan...."taklah kak....aku tersenyum..".

Dan pada saat ku menyusuri jalan....seperti pandangan kosong yang membelengu diri...kadang2 di saat keseorangan diriku selalu bertanya....sampai bila harus ku begini....kenapa begitu susah...terus terang...hari khamis ini adalah hari pentingku...banyak perlu ku sediakan dan belajar..tapi...satu helai dan keje pon tidak ku sentuh...seperti tidak bersemangat mcm dulu....walhal itu adalah masa depanku....aku seakan tidak menghiraukannya....apa yang ku lakukan saat ini....selesaikan keje di office.., balik confirm penat...da penat tido... study???hmmmm........

Moga Allah membantuku aminnn........

Sunday, March 21, 2010

Hadapi ketakutan.....



Malam ini....bermula la satu episod baru dalam hidup ku...aku cuba hadapi ketakutan aku iaitu "kesedihanku". Tanganku perlahan-lahan mengeluarkan beg tangan ku yg ku ingat ingin ku simpan buat selamanya sebagai memori... Ku letakkan di satu sudut...

Mataku mula berkaca... Lalu ku dengar suara berbisik di hatiku 'kau harus kuat'. Pantas jari jemariku perlahan-lahan membuka plastik yg membaluti tubuhnya...lalu ku padankan dengan diriku....

Hmmm...."tidakku sangka terlalu pantas segalanya berlaku, mengayakan beg ini terlalu awal...." ya... Moga Allah merencanakan yang baik buatku di masa hadapan ^_^.Azam baru 2010
  1. Kembali tersenyum
  2. Menjadi lebih baik dari segi :
i) budi pekerti pada sesama insan
ii) akhlak - dgn mencari ilmu akhirat

iii) lebih cantik....hehe ^_^
iv) makin gemookkk....hahahha
v) and last but not least....career n masa depan yg lebih baikk...

baru boleh beli kete baru, boleh pakai baju cantik2 -da lame berkorban untuk orang- dan yang paling penting...dapat berkongsi rezeki dan memberi kebanhagiaan pada orang lain. ...itu yg terpenting!! betuk tak?? hikhik

"Moga Allah perkenankan doa hambamu..aminnn"