Hmm....baru semalam aku kol ibu nak mintak pandangan nak kol syabas daerah..nk tanye prosedur dan berape jumlah bayaran tertunggak.yela..takut gak kite nak berbuat baik ni orang tersalah pandang. so kene tnye ayah dulu takut duit tak masuk lagi.
Tiba2 ibu bagi mesej pagi tadi kata 'akak da bagitau ayah dan a ke?' aku pon jawab 'xde la..'kenape?'. ibu kata 'xdela...macam dua2 tau2 lak..hehe'. aku pon katela... 'biasela instint...=)
so segalanya beres...aku dan keluargaku rasa gembira sangat kerna dapat beri sinar pada 1 keluarga yang susah yang putus bekalan air selama beberapa tahun. bayangkan apa perasaan mereka yang selama ini tak dapat satu keperluan yang kita ada, tetapi satu hari Allah memberikan nikmat dan kegembiraan "nikmat sebenar air itu". Mesti mereka gembira....
yaaa....itulah yang patut kita sebgai manusia lakukan, tak perlu kita terlalu kaya, kaya...tetapi cukupla walaupun nikmat yang Allah beri adalah sederhana, tidak terlalu susah, tidak terlalu senang, tetapi dengan nikmat itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan. kerana itu apa yang keluarga kami praktikkan ini, alhamdullilah kami tidak pernah putus makan, pakaian dan sebagainya. sentiasa cukup seolah Allah membantu kami...walhal kewangan dan perbelanjaan tidak cukup hingga sebulan..itulah nikmat bersedeqah...itu janji Allah pada hambanya. tidak perlu banyak, cukup sekadar sedikit kita berkongsi nikmat itu..dan pada hari ini juga akhirnya keluarga aku dapat merealisasikan janji mereka membantu salah seorang mereka yang susah walaupun kami tau kebaikan yang diberikan mungkin tak sama jika diberikan pada mereka yang senasib dengannya.
Yang penting..apa yang kami sekeluarga pegang...jangan mengharap balasan,harus ikhlas kerana tidak semesti mereka yang akan membalas tetapi mungkin juga orang lain yang akan membantu kita tika kita susah, alhamdullilah dapat berkongsi sdikit rezeki bersama mereka yang memerlukan, dapat memberi sedikit sinar dan cahaya pada mereka yang susah tidak kira siapa mereka, apa yang mereka pernah lakukan dan sebagainya.
Apa yang ibu bapaku ajar dan didik padaku..apa yang ku lihat dari kecil, kesabaran yang dimiliki ibu bapaku dalam menangani fitnah, tomahan dan cacian orang tanpa membalasnya...hanya berdiam, bersabar dan berdoa, sentiasa melakukan ihsan dan berbuat baik pada mereka walaupun sentiasa menerima cacian sehingga pada satu masa, pada satu ketika walaupun beberapa tahun sudah berlalu...insan yang membuat fitnah dibukakan hati oleh Allah s.w.t sedar akan kesilapan mereka...dan alangkah lapangnya hati dan dada orang tua ku apabila mereka sendiri memeluk dan menegur dengan penuh erat dan keikhlasan...yang selama ini pabila kedua orang tua ku ingin bersalam sesudah selesai menunaikan solat, mereka menepis dan berpaling tidak mahu bersalaman. Itulah kuasa dan kebesaran Allah.
itulah yang ku pelajari daripada mereka..aku melihat sendiri apa yang dilalui mereka, kesabaran yang mereka miliki serta prinsip yang mereka amalkan 'sentiasa bersangka baik sesama manusia sesungguhnya manusia akhirnya akan bersangka baik pada kita' dan 'sentiasalah kamu berbuat baik pada sesama insan walaupun insan itu tidak menghargai dan membuat buruk pada kamu, tidak mengapa, ikhlaskan hati dan sentiasa tersenyum kerana itu adalah ujian yang Allah inginkan untuk melengkapkan kita sebagai hamba dan menaikkan darjat kita sebagai hambaNya..jangan kita balas perbuatan mereka.." itu adalah apa yang mereka selalu terapkan padaku....
sbb itu, dari dulu walaupun rakan2 ku membuat onar, melayanku dengan buruk tetapi aku tidak pernah membalas..malah hati ini lembut memaafkan apabila mereka meminta maaf dan aku pula yang rase bersalah dan memeluk mereka...sbb mengapa? sbb bila aku dilanda musibah...biasenya aku akan memaafkannya dan tidak mengambil hati walaupun pada saat pertama kita terlalu sedih atas apa yang berlaku, selepas itu aku akan menolak semua perasaan tidak elok itu....
Ok..kita stop citer2 sedih ni....bergembiralah selagi mana kita di muka bumi Allah nie =)
Apa yang aku nak cerita skarang ni ialah.....apa yang paling aku teringin dan nak sangat pergi....
Apa yang aku nak cerita skarang ni ialah.....apa yang paling aku teringin dan nak sangat pergi....
nak pergi sangat2 makan2 kat "LOOK OUT POINT"...
sampai skrang tak berpeluang lagi...waa...jeles sangat2 tgk gambar kawan2 pergi sana, makan2...bergambar...isk =(
bestnyer.....nak pergiiii.....hukhuk. tak tau la bile dapat.....
bestnyer.....nak pergiiii.....hukhuk. tak tau la bile dapat.....
0 comments:
Post a Comment