Wednesday, March 31, 2010

sassy gurl

video

Tengah mengikuti cerita ini.....tau aku dah ketinggalan..huhu...even ibu aku pun da tengok...hahaha
memang dari dulu suka sangat lagu ni...kalaula lagu2 kat Malaysia mcm ni...ala2 korea...fuhhh gempak tu...hehehe.....ape2 pon layannn~~~~

tisu plizzzz.......hehehehe

Tuesday, March 30, 2010

cinta.......


-pic in sassy girl-

"Cinta itu....banyak pengertian....
tetapi bagiku cinta adalah....
kawan sejati bagi hati dan perasaan kita

Orang yang mencintaimu telah mengenalimu
dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang..
Oleh itu, jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya,
sebab keelokan parasnya akan dapat menyesatkan.

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerna kekayaan akan dapat kemusnahan.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah
ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya
Dari kesusahan itu akan perolehi kesenangan dan kebahagiaan
seperti durian berduri kerana sedap isinya,
kulit manggis pahit kerana manis di dalamnya
dan bunga ros berduri kerana harum baunya....
dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi.....
kamu harus menerimanya walaupun sepahit hempedu..
walaupun kamu jatuh tersungkur
walaupun cinta hatimu terlalu kuat tersimpul untuknya
relakanlah dia pergi....
demi kebahagiaannya....
demi erti sebuah senyuman....
itulah hadiah terbesar darimu
walaupun hatimu terlalu hancur untuk membiarkannya pergi

ada apa?

Tadi petang...masa aku nak siap2 nak balik singgah la kejap kat kaunter office aku.... ada kak kamariah, kak umi and kawan2 aku....
Borak2 jap before balik...tetibe kak umi (yang paling ku senangi di office) kata "hieee....cantiknya beg gold tu.."
Dia terus amek handbag aku...membelek2 dan dengan nada bergurau "lelong2..." hehe...aku tergelak melihat keletahnya....

Then dia kata "haaa......ni mesti boyfriend bagi...." terdiam seketika kemudian... "takpon mesti handbag tunang...." Ya Allah....tersentap jantungku menahan dari terus gugur..." Alhamdullilah aku mampu lagi menghadapi dugaan ini...seperti Allah ingin mengujiku sekali lagi pabila terdengar ungkapan itu...apa yg boleh ku katakan...."taklah kak....aku tersenyum..".

Dan pada saat ku menyusuri jalan....seperti pandangan kosong yang membelengu diri...kadang2 di saat keseorangan diriku selalu bertanya....sampai bila harus ku begini....kenapa begitu susah...terus terang...hari khamis ini adalah hari pentingku...banyak perlu ku sediakan dan belajar..tapi...satu helai dan keje pon tidak ku sentuh...seperti tidak bersemangat mcm dulu....walhal itu adalah masa depanku....aku seakan tidak menghiraukannya....apa yang ku lakukan saat ini....selesaikan keje di office.., balik confirm penat...da penat tido... study???hmmmm........

Moga Allah membantuku aminnn........

Sunday, March 21, 2010

Hadapi ketakutan.....



Malam ini....bermula la satu episod baru dalam hidup ku...aku cuba hadapi ketakutan aku iaitu "kesedihanku". Tanganku perlahan-lahan mengeluarkan beg tangan ku yg ku ingat ingin ku simpan buat selamanya sebagai memori... Ku letakkan di satu sudut...

Mataku mula berkaca... Lalu ku dengar suara berbisik di hatiku 'kau harus kuat'. Pantas jari jemariku perlahan-lahan membuka plastik yg membaluti tubuhnya...lalu ku padankan dengan diriku....

Hmmm...."tidakku sangka terlalu pantas segalanya berlaku, mengayakan beg ini terlalu awal...." ya... Moga Allah merencanakan yang baik buatku di masa hadapan ^_^.Azam baru 2010
  1. Kembali tersenyum
  2. Menjadi lebih baik dari segi :
i) budi pekerti pada sesama insan
ii) akhlak - dgn mencari ilmu akhirat

iii) lebih cantik....hehe ^_^
iv) makin gemookkk....hahahha
v) and last but not least....career n masa depan yg lebih baikk...

baru boleh beli kete baru, boleh pakai baju cantik2 -da lame berkorban untuk orang- dan yang paling penting...dapat berkongsi rezeki dan memberi kebanhagiaan pada orang lain. ...itu yg terpenting!! betuk tak?? hikhik

"Moga Allah perkenankan doa hambamu..aminnn"

Thursday, March 18, 2010

*** Hari ini ***

penat~~~~ letih~~~~ SESATTTT~~~~
waaaaa~~~~ rase nak demam da den la ni

p/s : pergi balik dua2 sesat..apela naseb..dengan jem ag...aamek ayah ag...dugaannn

Wednesday, March 17, 2010

tatooootttt...^_^

huhu....doa2 esok tak sesat la aku....dalam google map pon tak de banggunan tuh..baru lagi kot...kene la aku pandai2 explore, tnye orang ke...itu pon kalu pagi2 buta ade orang waaa~~~
selalu kene sendiri berdikari.....gamble pegi sendiri walaupun aku ni insan bernama wanita
kalu orang lain maunya da menangis.....xpe..Malaysia Boleh!! hehe =)
doakan segalanya lancar esok...aminnn

"new place..new environment..new job"
yg penting...new jalan yg tak penah aku masuk...waaaa~~~

p/s : ntah nape rase langsung tak excited...padahal nak..cm segalanya xde makna
yaaa...lawan perasaan tuh...pk diri sendiri jg
chaiyokkkk!!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Menghimpit diri.....


Malam ni dada ku terasa terlalu berat... Ya Allah...

Bagaimana caranya untuk ku lalui hidup ini...? Kuatkanlah segalanya bagiku ya Rabbi...

Terlalu banyak air mata ini telah ku hamburkan....diriku tidak boleh terus terusan begini...bagaimana dengan career ku nati? kenapa susah sangat untuk ku melupakannya.. kenapa begitu kuat kasih yg ku garapkan padanya....

"wake up!! dia tidak perlukan kau lg..." cintanya dah padam.. betul ke??...
Betulkah ia telah pergi..?? aku seakan tidak percaya... Dia terlalu jauh untuk ku capai...
Ya Allah...kenapa hatiku sering merungkai dan mempersoalkan sendiri? apa lagi yg harus ku lakukan untuk menghapuskan kesedihan ini..

Berilah kekuatan pada hambamu ini.... Kasihanilah hambamu yg kerdil dan lemah ini...aku tidak berdaya..Hanya kepada Kau aku berserah dan meminta..... Hanya pada-Mu ku sandarkan segala lelah, kesayuan serta kesyukuranku... Al-Quran telah Kau titipkan padaku...saat ku tidak berdaya, malam2 ku...wudhuk menyaluti tubuhku..sujud dan merintih apa yg membelenggu jiwa ini..dan pada saat itu jiwaku lapang dengan kehadiran-Mu. Hanya itu yg boleh ku lakukan...Jangan Kau jauh kepadaku ya Rabbi...aku terlalu mengharap cinta dan kasih sayang-Mu. Kuatkan la semangatku...berilah aku petunjuk dan jawapan...berilah ku kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini. aminn.....

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Friday, March 12, 2010

huh....penatnyerr.....


Huh.....penat tak hilang lagi....setengah hari ke jabatan imigresen kat pkns shah alam...berjam2 lamanyer..bosan giler...
Nasib baik ade kerja yg menemani aku...huhu

Mula2 tu...tungu giliran lebey kurang sejam suku. Ade 11 owang depan aku..da siap2 da neh bawak gambar pasport 2 keping. Photostet ic, mesin gambar sume ade kat sana...complete..hahaha..aku je mengelabah cari surat beranak pagi2 buta sampai menggigil lutut aku xjumpe2...last2 tak payah...haru biru aku...sampai je kaunter orang tu letak la gam kat gambar aku...last2 dia kata 'maaf dik,kami tak boleh terima gambar ni.background biru dia cair'. waaaa.....nasib baik la kat citu ade khidmat mesin automatik gambar...lebur RM10 aku..huhu. Tapi tak pe la...sekurang-kurangnya kakak tu sanggup tunggu aku..tak payah aku nak pi amek nombor lagi..haha.. Tenkiu kak ~~~

Tungu punye tunggu....kene panggil..pastu bayar RM100. Murahhh....baru je dilaksanakan utk mereka yg baru membuat kali pertama atau pelajar yang nk sambung belajar ke oversea. Selamat duit aku....hahaha...Lepas je bayar, owang tu kate 'emm,mintak ic...cap jari..ok, lepas 2 jam amek pasport di kaunter 1 erh...' Perhhh...tunggu lagi..2 jam lagi lak tu.. Hmm...xpela..aku pon merayau la sekeliling pkns tu..rasenya da berapa kali tawaf keliling banggunan tu. Waaa~~


Aku wat pasport pon sbnarnye makcik aku la beriya ajak ke singapore temankan dia pi trip ngan kawan-kawan dia. Mula2 malas gak..penat tuh keje jauh...tapi pikir punye la pikir dari aku duduk termenung tak sedar diri baik aku mengisi masa lapang menyibukkan diri. Susah kalu kepala aku ni tak boleh berehat berfikir. Pertengahan taun g Singapura, bulan depan kawan-kawan ajak g sukan lasak "ATV Malaysia" http://www.atvmalaysia.net/index.html


So xde la aku nak mengelamun memanjang....da lame aku tak join aktiviti cam ni...biasa duduk di rumah bersama keluarga..itu cara aku..lebih senang dan selesa bergurau senda bersama adik beradik dan orang tua ku. Terhibur aku dengan keletah diorang...ehehe

Apa2 pon GAMBATEEEE!!!! hikhik....
-ATV Malaysia-

Syukran jazilan

Cintailah sebaik dan sejujurnya



Betulkah kita perlu berikan hati kita 100% pada pasangan kita?

Hmmm...mungkin entry ni adalah isu hangat...hehe..
Pada pandangan saya...yaaa...kita perlu berikan 100% kpd pasangan kita, maksud saya suami atau isteri. Tak usah reserved walau sedikit pada 'ex', bakal kekasih atau sesiapa sahaja yg blh mencemarkan tumpuan anda pada pasangan anda.

Meskipun memberi hati belumlah sampai ke tahap berdosa krn anda hanya berniat, belum buat..tetapi kesannya amatlah buruk..tak esok lusa, tak lusa taun depan...cinta kasih yg anda reserved pd org lain itu akan berkembang. Mungkin juga akan hilang...tapi beringat...jangan under rate keupayaan 'syaitan'.emmm..... ^_^

Sedangkan hati yg dipateri masih blh terbuka inikan lg yg mmg direservedkan. Tak perlu mangga nak bukanya, sbb ia mengalir keluar dgn sendirinya. Saya tidak nampak sebarang sbb utk kita berikan sebahagian hati kita dlm bentuk cinta kepada org yg boleh mengusik hati kita.

Caranya utk mencegah perkara ini nyatakan sejujurnya dan ikhlas dari hati. Di awal perkahwinanlah semuanya mungkin...nyatakan sejujur dan seikhlasnya kpd pasangan bahawa hanya dia di hati anda... bukan sahajaboleh dilakukan seawal perkahwinan tetapi lebih berkesan jika dilakukan semasa cinta disemai...janji syaratnya betul2 ikhlas dari hati dan minta dia berbuat begitu kepada kita dan apa yg penting lakukanlah ia dengan kelembutan, kehalusan kata-kata. Dia pasti setuju...tetapi jgn lakukan setelah 10 tahun perkahwinan atau tatkala perkahwinan telah bermasalah, ianya sudah tidak sesuai.

Semua orang sepatutnya mengambil peluang yg terentang pada awal perkahwinan. Pada waktu itu katakan apa sahaja, pasangan kita akn bersetuju, nyatakan apa sahaja yg tidak anda sukai tapi biarlah relevan...dia akan cuba hindari

Sayangnya...kebanyakan kita menjadikan pernikahan sbg matlamat, tapi tidak peduli dgn apa yg berlaku selepas pernikahan. Yang penting bernikah dan dinikahkan dgn org yg dicintai... Berbuat sesuatu tanpa perancangan yg teliti selalu mengundang bahaya. Yakinilah Allah mengurniakan pasangan yg baik sekiranya kita adalah baik dan ianya bukan ianya jatuh begitu sahaja diriba kita...tetapi berdoalah pd Yang Kuasa agar dikurniakan pasangan yg boleh membahagiakan kita dunia akhirat...menerima kita seadanya, hidup saling melengkapi dan bertoleransi serta keluarga ibu bapanya yg boleh menerima seadanya siapakan diri kita.

Moga Allah mengurniakan aku kebahagian dunia dan akhirat...pasangan yg mana aku dan pasanganku boleh sama-sama mencari keredhaan-Nya.

Kan ku jadikan Nabi Muhammad sebagai panduanku membina mahligai istana yg indah dan harmoni...aminnn

Thursday, March 11, 2010

Peluang



Baru dapat panggilan dari Cyberjaya......

Alhamdullilah aku diberi tawaran ke Halal Hub aka Jakim Malaysia. Masalahnya aku pening....nak jadi scientist ataupun berada di Industri halal...hmmmm..pening2...hehe..tapi xpe..relax dl...mcm nk amek kat cyberjaya...best gak kuar2 cari pengalaman. nak jadi scientist kene duduk lab jer..boleh ke aku tahan duduk diam2? hehe...by da way xpela..semua da direncanakan Allah.

Minta je la petunjuk dari-Nya.. Dia lebih Mengetahui mana yang terbaik buat hamba-hambaNya

Teduhan cahaya


Di atas muka bumi ini dipijak....termenung ku sendiri...apakah yang harus ku bicarakan? hati sering berkata-kata tanpa henti tetapi bibir seakan-akan terkunci rapat menekan...membisu...dan terus sunyi dari terus membuahkan kata-kata...dan pada saat itu, hati dan bibirku hanya mampu menghamburkan pada Yang Esa. Dia terlalu setia menemani setiap hamba-hamba-Nya walaupun hambanya-hamba-Nya sering alpa, sering leka pabila kegembiraan menguasai diri dan mencari Dia tatkala dirundung kesedihan dan kesusahan.

Astagfirullah....hambamu ini sujud, berteleku di hadapanmu melalui lorong-lorong gelap mencari cahaya ketenangan....memohon keampunan dari-Mu dan rahmatilah hambamu ini dalam usaha mencari keredhaan-Mu tuhan. janganlah kau jauh kepadaku Tuhan kerana diriku membutuhkan kehadiran-Mu dalam melalui segenap liku, onak, cabaran, kesukaran dan kejayaan dalam hidupku. Janganlah Kau ya Allah gelapkan hatiku, tutupi hati hambamu yg khilaf ini agar hambamu yang lemah ini tidak takbur jika perolehi kejayaan, dapat berjihad ke jalan-Mu jika beroleh sedikit nikmat kesenangan...ingatilah daku...

Berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi segala ujian yg mendatang....
Berikanlah aku sedikit ruang berteduh dalam cahaya lembayung-Mu
aminnn ~~~~