Betulkah kita perlu berikan hati kita 100% pada pasangan kita?
Hmmm...mungkin entry ni adalah isu hangat...hehe..Pada pandangan saya...yaaa...kita perlu berikan 100% kpd pasangan kita, maksud saya suami atau isteri. Tak usah reserved walau sedikit pada 'ex', bakal kekasih atau sesiapa sahaja yg blh mencemarkan tumpuan anda pada pasangan anda.
Meskipun memberi hati belumlah sampai ke tahap berdosa krn anda hanya berniat, belum buat..tetapi kesannya amatlah buruk..tak esok lusa, tak lusa taun depan...cinta kasih yg anda reserved pd org lain itu akan berkembang. Mungkin juga akan hilang...tapi beringat...jangan under rate keupayaan 'syaitan'.emmm..... ^_^
Sedangkan hati yg dipateri masih blh terbuka inikan lg yg mmg direservedkan. Tak perlu mangga nak bukanya, sbb ia mengalir keluar dgn sendirinya. Saya tidak nampak sebarang sbb utk kita berikan sebahagian hati kita dlm bentuk cinta kepada org yg boleh mengusik hati kita.
Caranya utk mencegah perkara ini nyatakan sejujurnya dan ikhlas dari hati. Di awal perkahwinanlah semuanya mungkin...nyatakan sejujur dan seikhlasnya kpd pasangan bahawa hanya dia di hati anda... bukan sahajaboleh dilakukan seawal perkahwinan tetapi lebih berkesan jika dilakukan semasa cinta disemai...janji syaratnya betul2 ikhlas dari hati dan minta dia berbuat begitu kepada kita dan apa yg penting lakukanlah ia dengan kelembutan, kehalusan kata-kata. Dia pasti setuju...tetapi jgn lakukan setelah 10 tahun perkahwinan atau tatkala perkahwinan telah bermasalah, ianya sudah tidak sesuai.
Semua orang sepatutnya mengambil peluang yg terentang pada awal perkahwinan. Pada waktu itu katakan apa sahaja, pasangan kita akn bersetuju, nyatakan apa sahaja yg tidak anda sukai tapi biarlah relevan...dia akan cuba hindari
Sayangnya...kebanyakan kita menjadikan pernikahan sbg matlamat, tapi tidak peduli dgn apa yg berlaku selepas pernikahan. Yang penting bernikah dan dinikahkan dgn org yg dicintai... Berbuat sesuatu tanpa perancangan yg teliti selalu mengundang bahaya. Yakinilah Allah mengurniakan pasangan yg baik sekiranya kita adalah baik dan ianya bukan ianya jatuh begitu sahaja diriba kita...tetapi berdoalah pd Yang Kuasa agar dikurniakan pasangan yg boleh membahagiakan kita dunia akhirat...menerima kita seadanya, hidup saling melengkapi dan bertoleransi serta keluarga ibu bapanya yg boleh menerima seadanya siapakan diri kita.
Moga Allah mengurniakan aku kebahagian dunia dan akhirat...pasangan yg mana aku dan pasanganku boleh sama-sama mencari keredhaan-Nya.
Kan ku jadikan Nabi Muhammad sebagai panduanku membina mahligai istana yg indah dan harmoni...aminnn
0 comments:
Post a Comment