Sunday, July 25, 2010

Ulangtahun ku....

Bersyukur ke hadrat Illahi diberikan kesempatan umur yang panjang dapat ku meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah di bumi yang usang ini. Ku panjat kesyukuran kerana diberi peluang menikmati bulan Ramadhan yang ditunggu2...terasa rindu dan pilu menantikan bulan kebesaran itu, bulan penghapus segala dosa.

Dan pada malam hari ulangtahun kelahiranku....diri terasa sungguh terharu kerana kasih sayang ibu bapa dan adik2 ku dalam erti menghargaiku sebagai seorang yang paling bermakna dalam hidup mereka. Lepas je mereka nyanyi, wish besday...bergurau2...aku masuk ke bilik...termenung.. Ya Allah...tetiba airmataku mengalir....seperti angin bayu menghembus ke ronga2 jiwaku...sungguh hebat nikmatMu Ya Tuhan...inilah ulangtahun yang terbaik buatku..lantas ku mengambil wudhu', bersujud dan memanjatkan kesyukuran atas kasih sayang-Nya yang tak pernah putus bersamaku.

Sesudah itu, lantas jari jemariku menekan papan kekunci...ya Allah, begitu banyak ucapan besday dari rakan2 ku...terima kasih yang tak terhingga pada mereka. Bukan sahaja dari rakan2 ku...lina aka makwe afiq, ayu aka makwe acap, ali aka kawan biha bg msg melahirkan kata2 penghargaan. dan yang paling ku tidak sangka, rakan akrabku semasa di sekolah rendah; Reihan...mengingati besday ku...bila je tutup fesbuk, tergerak ati untuk melihat blog ku..

ehhh??? adik ak da update la...

Terus ku membelek...
Tatkala itu juga air mataku berhamburan keluar...
Tak sangka mereka begitu menghargai dan mengasihi ku...

"acap tulis nie cume nk gtaw
terima kasih sbb salu ambil berat kat acap,
mkn minum,duet belanja n etc..
terima kasih sbb selalu tolong acap bwt mcm2 keje,
slalu amek n anta uitm,
time kasih bnyak2..
jasa tu x ley nk trbalas dgn duet..x trkire.



jadilah org yg tabah,
jgn slalu menangis,
lupakan kedukaan..
mulakan hidup yg baru..
kalo akak nk tawu,
mase kejadian tu senanye sume orang menangis..
abg,ibu,biha...
senanye akak x keseorangan.
sape sangke menda tu bley brlaku.
sume org sntiasa di sisi akak.



acap ingat lg mse mlm tu...
adlh malam ujian c programming,acap nga blaja..
tetibe lpas isyak acap dpt pnggilan dr ibu,
bu nangis2 kt acap.
acap tanye,nape nie bu?
acap...$@@%$#%^..
terkedu acap bila dengar.
menitik air mate ble bu cter sumenyer.
same jgak ngn abg afiq...
ktorang sume support akak..
kdg2 ktorang bncang dlm blek..
mcm mana nk bwat.."

Buat adik2 ku...terima kasih atas segala2 nya...Hakikat sebenarnya adik2, ibu ayah la permata hati akak, penyeri hidup akk..akak terasa kehilangan sangat bila kowang sume da masuk universiti, xde kat rumah...mula2 acap pergi...akak terkebil2 rase pelik, kalau tak selalu akk suke baring sebelah acap walaupun sempit...hehe. Lepas abang afiq balik rumah sewa lagi la rasa keseorangan...dan ibu la jadi mangsanya....haha...buat kawan gaduh akak. Dan seperkara lagi, janganlah kalian risau akan kekandamu ini..'cewah'...akak da dapat menerima takdir dan buang jauh kedukaan itu...dan akak da sepenuhnya memaafkan ady. Ady tak bersalah...dia pernah membahagiakan akak. Allah da aturkan perjalanan akak..dan sekarang akk da boleh bergembira..rase ringan sangat.

Betul kata lina...manusia mudah memaafkan tetapi itu hanyalah di bibir dan lahiriah sahaja, tetapi manusia susah untuk memaafkan dari lubuk hatinya...dan ternyata sebenarnya kite tidak sedar...ianya begitu sukar untuk dilakukan...

Sekian...

Sunday, July 18, 2010

KL

Sejak bulan 2 kali terakhir aku bersama ady...kali terakhir tu juga aku menjejakkan kaki ke sana. Dan hari ini aku tak dapat mengelak...walaupun hanya duduk di kereta menunggu afiq ke lowyat..hatiku diruntun sedih... Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku... Terlalu banyak kisah..memori yang kami cipta bersama..dan sepanjang perjalananku ke UKM, aku cuba menahan sendu di hatiku..Saat ku sujud menadah tangan pada Yang Esa, saat itu juga air mataku berhamburan mengalir...hanya Dia yang mengetahui segala isi hatiku...dan tika perjalanan pulang, tika itulah bebanan di jiwa dapat ku lepaskan. Satu persatu imbasan..memori, kejadian dan segala2 nya bermain di mataku...

Allah...Kuatkanlah semangatku Allah

Wednesday, July 7, 2010

1 Malam yang Hening

Nenek...dira minta maaf banyak2 nek...dira tau dira salah.tapi dira terpaksa.

Seksa hati ni nek...dira benci diri sendiri bila tipu nenek..lepas dira tipu mesti dira diam..tak tahan..rasa marah pada diri..dira minta maaf..dira sayang nenek, sebab tu dira buat sume ni. Ibu pun larang dira berterus terang.. Ya Allah bantulah aku wahai Tuhan yang Mengasihi. Berilah ku semangat selagi mana yang boleh.
Malam tadi nenek tanye aku.. ada afiq di bilik

Nenek : dira...ni nenek nak tanye sikit
Dira: ape dia nek..
Nenek : Ady apa kabar? da keje da?
Dira : Belum lagi nek..tak abis lagi belaja..buat master kan susah..lamaaa
Nenek : la...macam mana..nenek risau la dira
Dira : nak risau apenye nenek...relek la... dira baru 25 kan..muda lagi
Nenek : bukan dira da 26 ke?
Dira : takla...dira baru 25..ramai lagi kawan2 dira yang tak kawen lagi. baru je 6 orang yang kawen. Yang cina lagi la sowang pon tak kawen ag
Nenek : yang cina tu lain..yela..nenek risau, harap yang sana 'ADY' jujur la.. (tersentap hati aku)
Dira : dia jujur la nenek..tak de la..nenek jangan la risau..tak de papenyer, kalu jodoh tu tak ke
mana. PERCAYA JE PADA DIA

Nenek terus diam..aku pulak baring meniarap menahan geram pada diri sendiri.. Ya Allah, sampai bilakah harusku lakukan perbuatan ini...kenapa nenek punyai rasa itu?? kenapa kejujuran dan kesetiaan yang nenek bangkitkan?? Ya Allah..Kau jauhkan perasaan itu pada nenekku ya Allah..Hanya PadaMu ku berserah

Tuesday, July 6, 2010

kU bErsYukUR YA TUHAN

Alhamdullilah....AKU dan ADY da bekerja.....kami sama-sama melangkah ke alam kehidupan. Ternyata bukanlah tempatku untuk berada disampingnya dalam mengorak langkahnya ke alam pekerjaan... Mungkin yaaa...aku agak terkilan kerana inilah impianku untuk berada dan berkongsi saat2 suka dan duka tatkala impiannya dan impianku tercapai. Saat ady susah suatu ketika dahulu ketika belajar, tika itu juga aku sentiasa berdoa agar dia dipermudahkan, meminta agar Allah mengabulkan impian kami berdua..agar dia dapat melakarkan cita2nya sebagai seorang pendidik..cuma aku tidak menyangka, aku tidak berada disampingnya tika kejayaan itu tercipta.

Dan tika saat dia berduka dan stress, diriku di sini juga tak pernah putus berdoa..dan pabila dia jatuh sakit, akulah orang yang paling risau dan tak keruan hinggakan ibu dan izat la yang selalu tenteramkan aku mengatakan kau tiada apa2..mungkin aku terlalu memikirkan, siapakah yang akan membelikan kau makanan? siapa yang akan bawakan kau ke klinik? dan adakah kau akan makan ubat? kerna aku tau....kau amat susah untuk menelan ubat..dan kau juga alami alahan pada 3 jenis ubat iaitu bactrim, poirstan dan septrim. Itu sume masih lagi ku ingat, apa yang kau suka, sakit dan segalanya.

Tetapi...baru ku sedar...sedikit ingatan untukku langsung tiada di mindamu...dan kau meminta maaf. Saat itu baru ku sedar...bukanlah aku cinta Agungmu, bukanlah aku cinta sejatimu..mungkin dahulu kau terlalu gopoh..kau ingat aku punyai kecantikan dan rupa paras..tetapi setelah kau lafazkan baru kau sangkakan yang aku tak punyai semua itu



Aku hanya punya hati ady...sekeping hati yang tulus dan ikhlas..hanya untuk suamiku. Aku juga punyai hak untuk hidup bahagia...tapi kau telah musnahkan. mungkin ini adalah silapku kerana mencintai kau sepenuh hati. Dan sepanjang usia perkenalan kita...sedikit pun aku tidak pernah melihat akan rupa parasmu...harta..duitmu..malah aku merasakan duitmu itu lebih baik diberi pada keluarga dan kegunaan dirimu. Dan keikhlasan hatiku telah kau bayar dengan seribu kedukaan yang kau lakarkan. Bukan mudah untukku terima seseorang...dan kini lagi susah untukku menerima kehadiran cinta.

Apa yang terjadi padaku semua adalah kerana cintamu...aku da tak mampu untuk terima cinta atau kehadiran insan lain. Airmata da sebati dalam jiwaku.. Semua kisah yang berkaitan dengan cinta, aku tak mampu nak tengok...'kenapa harus ada cinta?'

Ady..dira masih tidak percaya yang ady telah berubah dengan sekelip mata.. Adakah dulu dira terlalu buta dengan cinta hingga tidak nampak semua itu?...adakah keikhlasan dan kepercayaan sepenuhnya telah menutup mata dira..dira tak tau..dan dira masih lagi keliru dengan erti sebenar cinta