Thursday, March 24, 2011

TERIMA KASIH A.W.A.K

Dulu saya ingat lagi
Masa kita belajar sama2
Kita selalu mesej2.. Kita gelak... kita bercerita
Kita pulang ke kampung halaman bersama2
Kawan2 tengok kita.. Kita rapat...
Selalu mereka usik kita.. lagi2 bila awak mesej saya
Sungguh..hati saya terusik..
Tapi saya nafikan... kita hanyalah kawan

Kita masuk ke Universiti..
Lepas orientasi awak mesej saya
Awak tak macam yg dulu... Kenapa awak tak panggil saya 'ko aku'
Kenapa panggil 'dira-amir'
Saya takut... Saya jauhkan diri dari awak
Kesian awak cari saya... Kesian awak tanye kawan kita mane saya
Saya minta maaf awak... Hati saya takut nak terima cinta
Hati saya untuk orang lain masa tu...
Lepas tu awak faham..
Awak jauhkan diri...

3 tahun berlalu...
Saya dikecewakan
Saya cari awak... Awak...saya perlukan awak temankan saya
Saya perempuan tak pernah ke Rawang..
Awak dengan gembiranya temankan saya
Teman untuk pulangkan barang2 ex saya

Kita semakin rapat tapi jauh semula
Setaun lebih berlalu...
Saya telefon awak tanya kabar...
Awak gembira, Awak bercerita dan awak ingin bertemu saya
Saya jumpa awak malam tu berhampiran rumah saya
Berat hati saya... Saya nak dirisik

Awak jumpa saya... Awak gembira sangat
Awak baru habis belajar, Awak nak cari keje
Awak bercerita tentang ex awak..
Awak bercerita tentang perginya kawan baik awak
Saya faham apa yg awak rasa
Tapi malam tu awk pelik
Awak pandang mata saya...
Saya cuba berlagak biasa.. tapi sebenarnya saya tak selesa
Awak tak pernah renung saya sebelum ni..
Cara awak meluahkan seolah2 ingin saya memahami sesuatu
tapi saya menafikan akan perkara itu

Kemudian kita pulang
Saya tak sedap hati...
Secara halus saya nyatakan saya da berpunya
Awak terdiam.. tapi awak berlagak biasa
Awak kecewa lagi
Saya tau awak tengok friendster saya
Awak tengok gambar saya dengan teman saya
Awak nak kepastian
Maafkan saya awak..

Setahun berlalu...
Saya dikecewakan sekali lagi
Saya teruk jatuh terduduk..
Saya tak cari awak... Saya cuba bangkit sendiri...

8 bulan kemudian..
Kawan kita buat reunion
Kita lepak ramai2... Saya bawa biha untuk teman saya dengan awak
Kawan2 tanya perihal putus
Saya berlagak biasa
Awak nampak terkejut...
Maaf saya tak bagitau awak
Saya tak nak awak rasa saya perlukan awak bila saya susah

Kita pulang bersama...
Bila di kereta perbualan awak lain
Awak ada cerita awak cari seorang permaisuri
Yang boleh menjadi kekasih dan isteri yang baik
Awak dah berubah... Awak bukan lagi cari yang 'hot'
Tapi sekali lagi saya tak percaya
Apa yang awak cakap seperti angin yang lalu

Hari demi hari kita semakin rapat
Kita selalu mesej
Awak ajak saya keluar
Tapi saya keberatan... Saya seronok sangat berkawan dgn awak
Ibu nampak perubahan saya...
Sepanjang itu... sudah banyak kali awak cuba sampaikan keinginan awak
tapi saya... masih buat tak faham..
Degilnya saya...
Saya cuma nak awak terus terang saje..
Saya nampak keikhlasan awak... Saya nampak cinta awak dalam mata awk
Mata yang penuh dengan cinta
Yang tak pernah saya lihat dimana2 lelaki yang saya kenal selama ini
Itulah saat saya mula bukakan ruang kenali awak

Satu hari..
Akhirnya awak luahkan isi hati awak
Awak lamar sya dan ingin kukuhkan ikatan kita
Awak tak nak lepaskan saya
Saya ingat lagi awak selalu cakap...
Hanya saya seorang yang awak rasakan
Awak nak jadikan saya sebagai isteri awak
Dah lama awak simpan perasaan tu..
dan awak pun tak faham kenapa awk berperasaan demikian
Saya terharu sangat...

Terima kasih awak..
6 tahun awak menunggu untuk sebuah jawapan
Bukan tempoh yang sekejap...
Tak pernah putus asa.. Tak pernah kalah..
Awak lihat setiap perjalanan saya
Itu istimewanya awak..
Dari sebuah persahabatan bertukar kepada percintaan
Sangat unik... Saya senang sangat dgn awak

Awak baik sangat dgn saya.. Awak sayang saya
Awak ambil berat akan saya
Awak sayang famili awak dan saya
Dan awak bertindak sebagai seorang abang pada famili saya
Awak boleh bergaul dgn mereka
Ternyata mereka semua sanagt gembira
Terima kasih akan kasih sayang awak
Saya janji saya akan sayangi dan cintai awak hingga ke akhirnya



0 comments:

Post a Comment