Thursday, June 30, 2011

A.N.U.G.E.R.A.H Cinta

"Wanita jangan dibilang cantik...tetapi sangat cantik
Wanita dijadikan atas nama cinta...

Kalau kita cari pasti akan jumpa

Tapi jumpa yang macam mana??

Kita yang buat pilihan

Penantian ini pasti akan membuahkan hasil..

Cinta takk
an datang kalau tidak dicari..."




Rasa suwittt sangat tengok video tomok n ayu....Betul kata dia..
Sebuah penantian pasti akan membuahkan hasil..dan
Cinta itu takkan datang jika kita tidak berusaha mencapainya.
Teringat dulu kisah AKU dan AMIR
Sebelum kami bercinta... DIA yang selalu menceriakan aku...
Slalu saja mesej2 dia hadir...Yang menghairankan aku...
Pagi2 masa aku tengah drive dia mesej wish 'Gudmorning'
Hurmmm......tika itu aku dah mula menyenanginya
Aku dah mula mengingatinya....(^_^)


Tapieee....
Kenapa aku dahulu tidak pernah membuka mata dan hati untuknya??
Butakah aku??
Aku dikira bertuah mendapat seorang insan yang boleh dikira ada RUPA PARAS,
baik dan sangat mengasihi kedua orang tuanya...
Ramai yang mengatakan dia 'H.E.N.S.E.M??


Anehnya... AKU tidak pula merasakan sebegitu semenjak matrik lagi
Ramai wanita yang sangkut padanya... tapie kenapa aku tidak begitu??
SEBAB.... Sebenarnya aku tidak langsung melihat parasnya


~my lurve~


AKU cintakan dia atas dasar hatinya...
Bila aku sudah mula menyayanginya...
Baru AKU sedar, dia sebenarnya H.E.N.S.E.M...
Itupun...setelah ramai orang yang mengatakannya...
Nak tau orang PERTAMA ialah SIAPA??
IBUlah....
Itu pun tetiba ia terpacul dari mulut ibu bila kami pergi ke bazar ramadhan 2010
Amir yang ibu jumpa 5 tahun lepas??
Itupun masa hantar aku ke PERHENTIAN BAS time MATRIK


HENSEM dan KECANTIKAN itu tidak penting...
Apa sekalipun rupa dan keadaan dia nanti...
Aku takkan pernah tinggalkan dia
Kerna...
Aku cintakan SIAPA dia
Bagi aku suami aku tetap HENSEM dari pandangan aku




p/s: kene sorokkan post ni...kalau dia baca mesti berdarah la telinga aku dengar dia puji diri sendiri lagi...wahahhahaaaa




Saturday, June 11, 2011

H.U.A.L.A.A.Aaaaaa......

Waaaa.....dapat je tulis blog tetibe terpandang weeding counter
D.A.M.N...!!! 3 month 2 weeks 5 days

Aaaaaaaa!!!!

Adakah aku sempaat membuat WEEDING PREP???
Hukhuk....Tau nape??
Mr TUNANG-tersayang kaki kene simen last week gara2 retak 3 main futsal
soooOOo...janji untuk buat baju baru aka cari kain kat jakel aka ukur badan
terpaksa ditangguhkan sebulan selepas Mr Amir Syafik dibuka simennye...
A.D.O.Y.A.I.I.I....

Ape2 pun boleh tahan gak la ape yang aku dah buat and sediakan:
Tengok Apa yang A.K.U dah B.U.A.T:

D.O.N.E
  1. Catering (resort and tradisional concept)
  2. Kad kahwin (tinggal map amir sahaja)
  3. Make up sanding, outdoor and malam persalinan (k.nana)
  4. Baju sanding (tapi xbeli kain + ukur baju) so dont hepy2 lagi yeahh..
  5. Baju nikah
  6. Baju persalinan (jawa L+P) (gaun, kot L+P), (korea P)
  7. Booked D.e.C.o.R dulang hantaran (orkid concept)
  8. Set katil pengantin (dah sampai) - king size, modern
  9. Cadar Pengantin
  10. Cat bilik...grey color
  11. Done booked photographer (3 event)
  12. YANG PENTING.... dah settle beli barang2 hantaran....kehkehkeh
  13. Sebahagian bunga untuk diletak di bilik aku
  14. Langsir bilik
  15. Kompang

Ape yang aku tak buat lagi?? Hmmmm.....

  1. Beli Kain Organza untuk cadar pengantin
  2. Doorgift...(doorgift special utk belah amir and tetamu)
  3. Kek kahwin hantaran
  4. Kek kahwin tingkat malam potong kek
  5. Pulut kuning bertingkat untuk majlis sanding
  6. Lengkapkan dokumen apply NIKAH
  7. Cari rumah sewa bulan 9, tak jadi beli rumah....tunggu kahwin setaun dua
  8. List kan jemputan
  9. Beli kain tirai untuk belakang katil tutup whole dinding...adoiii..
  10. Book for Silat (xpe...afiq boleh settlekan)
  11. Pergi NILAI beli kotak doorgift, bunga manggar, bunga telur pengantin and tetamu and banyak lagi....


Ini sahaja setakat ni yang aku ingat...sbb ambe kat rumah la niee...
Semua PLANNER yang aku buat ade kat PC office
Sat g baru check balik
Yela...sejak2 Mr Amir Syafik kaki bersimen takdenye aku nak nengok PLANNER tu





Y.E.S !!!!



HoyeeEEYYHH...!!!!
Nak tau nape??
Sebaaabbb.....aku da boleh bukak blog....hahhahhaaaa
Semestinye melepaskan gian menulis hilangkan segala tekanan di dada heee...
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H kepada muhammad ashraf
kerana membantu kekandamu ini reset paswood blog ini...
muah muah luv uuuuu....kikikiki