Thursday, December 8, 2011

LOVE :: LOVE :: LOVE

S.U.A.M.I.K.U Amir Syafik
Terima kasih kerana mengangkat darjatku sebagai isterimu...
Setiap hari semakin hari
Hati ini semakin jatuh cinta padamu
Kelembutan wajahmu,, Senyumanmu...
Setiap kau mahu pergi ke kerja
dan Setiap kali kau pulang..
Pasti PELUKAN kau berikan
Tidak kisah la aku berada di mana...

Sayang.... Demi Allah...
Sedetik masa aku tidak pernah tidak bahagia denganmu..
Kau sentiasa limpahi ku dengan kasih sayangmu..
Kau menghargaiku.. dan kau menyayangiku
Kau adalah segalanya bagiku...
Kasih kita takkan penah pudar sayang...

TERIMA KASIH ALLAH

Thursday, June 30, 2011

A.N.U.G.E.R.A.H Cinta

"Wanita jangan dibilang cantik...tetapi sangat cantik
Wanita dijadikan atas nama cinta...

Kalau kita cari pasti akan jumpa

Tapi jumpa yang macam mana??

Kita yang buat pilihan

Penantian ini pasti akan membuahkan hasil..

Cinta takk
an datang kalau tidak dicari..."




Rasa suwittt sangat tengok video tomok n ayu....Betul kata dia..
Sebuah penantian pasti akan membuahkan hasil..dan
Cinta itu takkan datang jika kita tidak berusaha mencapainya.
Teringat dulu kisah AKU dan AMIR
Sebelum kami bercinta... DIA yang selalu menceriakan aku...
Slalu saja mesej2 dia hadir...Yang menghairankan aku...
Pagi2 masa aku tengah drive dia mesej wish 'Gudmorning'
Hurmmm......tika itu aku dah mula menyenanginya
Aku dah mula mengingatinya....(^_^)


Tapieee....
Kenapa aku dahulu tidak pernah membuka mata dan hati untuknya??
Butakah aku??
Aku dikira bertuah mendapat seorang insan yang boleh dikira ada RUPA PARAS,
baik dan sangat mengasihi kedua orang tuanya...
Ramai yang mengatakan dia 'H.E.N.S.E.M??


Anehnya... AKU tidak pula merasakan sebegitu semenjak matrik lagi
Ramai wanita yang sangkut padanya... tapie kenapa aku tidak begitu??
SEBAB.... Sebenarnya aku tidak langsung melihat parasnya


~my lurve~


AKU cintakan dia atas dasar hatinya...
Bila aku sudah mula menyayanginya...
Baru AKU sedar, dia sebenarnya H.E.N.S.E.M...
Itupun...setelah ramai orang yang mengatakannya...
Nak tau orang PERTAMA ialah SIAPA??
IBUlah....
Itu pun tetiba ia terpacul dari mulut ibu bila kami pergi ke bazar ramadhan 2010
Amir yang ibu jumpa 5 tahun lepas??
Itupun masa hantar aku ke PERHENTIAN BAS time MATRIK


HENSEM dan KECANTIKAN itu tidak penting...
Apa sekalipun rupa dan keadaan dia nanti...
Aku takkan pernah tinggalkan dia
Kerna...
Aku cintakan SIAPA dia
Bagi aku suami aku tetap HENSEM dari pandangan aku




p/s: kene sorokkan post ni...kalau dia baca mesti berdarah la telinga aku dengar dia puji diri sendiri lagi...wahahhahaaaa




Saturday, June 11, 2011

H.U.A.L.A.A.Aaaaaa......

Waaaa.....dapat je tulis blog tetibe terpandang weeding counter
D.A.M.N...!!! 3 month 2 weeks 5 days

Aaaaaaaa!!!!

Adakah aku sempaat membuat WEEDING PREP???
Hukhuk....Tau nape??
Mr TUNANG-tersayang kaki kene simen last week gara2 retak 3 main futsal
soooOOo...janji untuk buat baju baru aka cari kain kat jakel aka ukur badan
terpaksa ditangguhkan sebulan selepas Mr Amir Syafik dibuka simennye...
A.D.O.Y.A.I.I.I....

Ape2 pun boleh tahan gak la ape yang aku dah buat and sediakan:
Tengok Apa yang A.K.U dah B.U.A.T:

D.O.N.E
  1. Catering (resort and tradisional concept)
  2. Kad kahwin (tinggal map amir sahaja)
  3. Make up sanding, outdoor and malam persalinan (k.nana)
  4. Baju sanding (tapi xbeli kain + ukur baju) so dont hepy2 lagi yeahh..
  5. Baju nikah
  6. Baju persalinan (jawa L+P) (gaun, kot L+P), (korea P)
  7. Booked D.e.C.o.R dulang hantaran (orkid concept)
  8. Set katil pengantin (dah sampai) - king size, modern
  9. Cadar Pengantin
  10. Cat bilik...grey color
  11. Done booked photographer (3 event)
  12. YANG PENTING.... dah settle beli barang2 hantaran....kehkehkeh
  13. Sebahagian bunga untuk diletak di bilik aku
  14. Langsir bilik
  15. Kompang

Ape yang aku tak buat lagi?? Hmmmm.....

  1. Beli Kain Organza untuk cadar pengantin
  2. Doorgift...(doorgift special utk belah amir and tetamu)
  3. Kek kahwin hantaran
  4. Kek kahwin tingkat malam potong kek
  5. Pulut kuning bertingkat untuk majlis sanding
  6. Lengkapkan dokumen apply NIKAH
  7. Cari rumah sewa bulan 9, tak jadi beli rumah....tunggu kahwin setaun dua
  8. List kan jemputan
  9. Beli kain tirai untuk belakang katil tutup whole dinding...adoiii..
  10. Book for Silat (xpe...afiq boleh settlekan)
  11. Pergi NILAI beli kotak doorgift, bunga manggar, bunga telur pengantin and tetamu and banyak lagi....


Ini sahaja setakat ni yang aku ingat...sbb ambe kat rumah la niee...
Semua PLANNER yang aku buat ade kat PC office
Sat g baru check balik
Yela...sejak2 Mr Amir Syafik kaki bersimen takdenye aku nak nengok PLANNER tu





Y.E.S !!!!



HoyeeEEYYHH...!!!!
Nak tau nape??
Sebaaabbb.....aku da boleh bukak blog....hahhahhaaaa
Semestinye melepaskan gian menulis hilangkan segala tekanan di dada heee...
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H kepada muhammad ashraf
kerana membantu kekandamu ini reset paswood blog ini...
muah muah luv uuuuu....kikikiki

Thursday, April 14, 2011

soooo S.W.E.E.T

Malam semalam amir bagi ku mesej dalam fesbuk mase aku chatting. Time tu lak tengah touching menangis suddenly teringat mak ady... kebelakangan ni bila terdengar je lagu 'Rossa-hati yang kau sakiti' teringat mak ady.... lagi2 mase di hospital... Jadi ceritanya bila amir chatting, dia ade state kan.... 'abang akan sayang ayang selamanya... itu janji abang'... Terus mengalir air mata aku bila baca apa yang disampaikan mesej itu

Ya Allah.... Kau gerakkan hati amir untuk lebih mengetahui aku dan mengenali siapa sebenarnya hati ini... Rasa terlalu besar petunjuk itu...

Antara kandungan mesej itu:

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta...
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata...
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah...
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah...
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah...
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah...hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, March 24, 2011

TERIMA KASIH A.W.A.K

Dulu saya ingat lagi
Masa kita belajar sama2
Kita selalu mesej2.. Kita gelak... kita bercerita
Kita pulang ke kampung halaman bersama2
Kawan2 tengok kita.. Kita rapat...
Selalu mereka usik kita.. lagi2 bila awak mesej saya
Sungguh..hati saya terusik..
Tapi saya nafikan... kita hanyalah kawan

Kita masuk ke Universiti..
Lepas orientasi awak mesej saya
Awak tak macam yg dulu... Kenapa awak tak panggil saya 'ko aku'
Kenapa panggil 'dira-amir'
Saya takut... Saya jauhkan diri dari awak
Kesian awak cari saya... Kesian awak tanye kawan kita mane saya
Saya minta maaf awak... Hati saya takut nak terima cinta
Hati saya untuk orang lain masa tu...
Lepas tu awak faham..
Awak jauhkan diri...

3 tahun berlalu...
Saya dikecewakan
Saya cari awak... Awak...saya perlukan awak temankan saya
Saya perempuan tak pernah ke Rawang..
Awak dengan gembiranya temankan saya
Teman untuk pulangkan barang2 ex saya

Kita semakin rapat tapi jauh semula
Setaun lebih berlalu...
Saya telefon awak tanya kabar...
Awak gembira, Awak bercerita dan awak ingin bertemu saya
Saya jumpa awak malam tu berhampiran rumah saya
Berat hati saya... Saya nak dirisik

Awak jumpa saya... Awak gembira sangat
Awak baru habis belajar, Awak nak cari keje
Awak bercerita tentang ex awak..
Awak bercerita tentang perginya kawan baik awak
Saya faham apa yg awak rasa
Tapi malam tu awk pelik
Awak pandang mata saya...
Saya cuba berlagak biasa.. tapi sebenarnya saya tak selesa
Awak tak pernah renung saya sebelum ni..
Cara awak meluahkan seolah2 ingin saya memahami sesuatu
tapi saya menafikan akan perkara itu

Kemudian kita pulang
Saya tak sedap hati...
Secara halus saya nyatakan saya da berpunya
Awak terdiam.. tapi awak berlagak biasa
Awak kecewa lagi
Saya tau awak tengok friendster saya
Awak tengok gambar saya dengan teman saya
Awak nak kepastian
Maafkan saya awak..

Setahun berlalu...
Saya dikecewakan sekali lagi
Saya teruk jatuh terduduk..
Saya tak cari awak... Saya cuba bangkit sendiri...

8 bulan kemudian..
Kawan kita buat reunion
Kita lepak ramai2... Saya bawa biha untuk teman saya dengan awak
Kawan2 tanya perihal putus
Saya berlagak biasa
Awak nampak terkejut...
Maaf saya tak bagitau awak
Saya tak nak awak rasa saya perlukan awak bila saya susah

Kita pulang bersama...
Bila di kereta perbualan awak lain
Awak ada cerita awak cari seorang permaisuri
Yang boleh menjadi kekasih dan isteri yang baik
Awak dah berubah... Awak bukan lagi cari yang 'hot'
Tapi sekali lagi saya tak percaya
Apa yang awak cakap seperti angin yang lalu

Hari demi hari kita semakin rapat
Kita selalu mesej
Awak ajak saya keluar
Tapi saya keberatan... Saya seronok sangat berkawan dgn awak
Ibu nampak perubahan saya...
Sepanjang itu... sudah banyak kali awak cuba sampaikan keinginan awak
tapi saya... masih buat tak faham..
Degilnya saya...
Saya cuma nak awak terus terang saje..
Saya nampak keikhlasan awak... Saya nampak cinta awak dalam mata awk
Mata yang penuh dengan cinta
Yang tak pernah saya lihat dimana2 lelaki yang saya kenal selama ini
Itulah saat saya mula bukakan ruang kenali awak

Satu hari..
Akhirnya awak luahkan isi hati awak
Awak lamar sya dan ingin kukuhkan ikatan kita
Awak tak nak lepaskan saya
Saya ingat lagi awak selalu cakap...
Hanya saya seorang yang awak rasakan
Awak nak jadikan saya sebagai isteri awak
Dah lama awak simpan perasaan tu..
dan awak pun tak faham kenapa awk berperasaan demikian
Saya terharu sangat...

Terima kasih awak..
6 tahun awak menunggu untuk sebuah jawapan
Bukan tempoh yang sekejap...
Tak pernah putus asa.. Tak pernah kalah..
Awak lihat setiap perjalanan saya
Itu istimewanya awak..
Dari sebuah persahabatan bertukar kepada percintaan
Sangat unik... Saya senang sangat dgn awak

Awak baik sangat dgn saya.. Awak sayang saya
Awak ambil berat akan saya
Awak sayang famili awak dan saya
Dan awak bertindak sebagai seorang abang pada famili saya
Awak boleh bergaul dgn mereka
Ternyata mereka semua sanagt gembira
Terima kasih akan kasih sayang awak
Saya janji saya akan sayangi dan cintai awak hingga ke akhirnya



Thursday, March 10, 2011

S.E.K.I.N.C.AN vs K.E.L.A.N.T.A.N

Yeaaaayyyyy.....!!!
Esok kami pergi bercuti...!!
Yeke?? hahhaha...takla...Sebenarnya kami kene menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN member Amir-sayang di sekinchan dan kemudian konvoi ke kelantan weeding MATLE...hihiiieee
First time dapat spend time lama2 bersama En Amir-sayang
Kelantan~~~ W.A.I.T for meeee
Heee..... (^_^)