Ini diantara mesej yang masih ku simpan hingga kini;
"Airmata bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas.
Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih...
tapi bangkitlah untuk membuktikan anda tak lemah hanya oleh Ujian perasaan.
Dia yang mengecewakan anda bukanlah insan terbaik.
Biar dia pergi hari ini daripada esok hari,
kerna setiap yang bernama setiap hari itu
adalah kelukaan yang lebih dalam...
setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik dari esok hari,
sebab kekecewaan hari ini
pastinya tak sedalam esok hari yang mendatang.
Semakin dalam rasa cinta dan sayang anda,
semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.
Marilah jadikan alam ini tempat yang lebih baik untuk menghirup udara bersih.
Berdirilah di atas bukit dan sama-sama menikmati dinginnya hawa dan saujana pandangan, usah jadi pendaki yang tak pernah sampai dan akhirnya kecundang.
Kitalah yang membawa diri kita sendiri ke puncak menara
dan ke dalam jurang dalam...
Fikir-fikirkanlah sendiri...
Andainya hidup ini boleh difahami dengan kewarasan
ia sesuatu yang amat indah
dan mendambakan belaian sayang...
Sayangilah diri...
tinggalkanlah dengan langkah yang teratur
andai anda terpaksa pergi...
Gagal melupakan kerna mengikut kata hati..
perasaan sedih sayu hiba tak seharusnya diturutkan sangat
sebab nyata ia merosakkan... ibarat jangan memikirkan pelangi...
bagaimana indahnya kita tak kan mampu mengapainya
kerna ia hanya ilusi...
Semakin berusaha mendapatkannya semakin ia menjauh...
mengejar pelangi hanya mengundang kekecewaan....
Bangunlah!
Bangkitlah!
Usah bersedih hanya disebabkan oleh
seorang lelaki yang tak jujur,
tak setia
dan sanggup memperlakukan anda sedemikian rupa....
Mengapa anda mesti kalah...
sedangkan nyata anda luar biasa bagus dan hebat sekali?
Sebagaimana hadis qudsi ada menyebut
"jangan berdukacita atas sesuatu yang Allah Swt telah selesaikan urusannya untukmu". Kesempatan untuk anda jadikan hidup berkualiti sentiasa terbuka selama mana kita mahu berusaha."

Pada masa kini, aku sedang berusaha untuk mengikis perasaan yang memakan diriku..aku cuba dan berusaha untuk gembira, gembira demi ibu ayahku, adik2ku...dan semua cintaku aku tumpahkan pada Yang Satu, kekasihku Allah swt...pada Dia aku memanjat kesyukuran dan pada Dia juga aku menghamburkan senduku...
Moga Ramadhan kali ini, aku diberi masa, kesihatan yang baik agar aku dapat menambahkan cintaku pada-Nya dan moga Ramadhan kali ini terhapuslah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Moga Allah terima taubatku...aminnnn~~~

0 comments:
Post a Comment