Wednesday, July 7, 2010

1 Malam yang Hening

Nenek...dira minta maaf banyak2 nek...dira tau dira salah.tapi dira terpaksa.

Seksa hati ni nek...dira benci diri sendiri bila tipu nenek..lepas dira tipu mesti dira diam..tak tahan..rasa marah pada diri..dira minta maaf..dira sayang nenek, sebab tu dira buat sume ni. Ibu pun larang dira berterus terang.. Ya Allah bantulah aku wahai Tuhan yang Mengasihi. Berilah ku semangat selagi mana yang boleh.
Malam tadi nenek tanye aku.. ada afiq di bilik

Nenek : dira...ni nenek nak tanye sikit
Dira: ape dia nek..
Nenek : Ady apa kabar? da keje da?
Dira : Belum lagi nek..tak abis lagi belaja..buat master kan susah..lamaaa
Nenek : la...macam mana..nenek risau la dira
Dira : nak risau apenye nenek...relek la... dira baru 25 kan..muda lagi
Nenek : bukan dira da 26 ke?
Dira : takla...dira baru 25..ramai lagi kawan2 dira yang tak kawen lagi. baru je 6 orang yang kawen. Yang cina lagi la sowang pon tak kawen ag
Nenek : yang cina tu lain..yela..nenek risau, harap yang sana 'ADY' jujur la.. (tersentap hati aku)
Dira : dia jujur la nenek..tak de la..nenek jangan la risau..tak de papenyer, kalu jodoh tu tak ke
mana. PERCAYA JE PADA DIA

Nenek terus diam..aku pulak baring meniarap menahan geram pada diri sendiri.. Ya Allah, sampai bilakah harusku lakukan perbuatan ini...kenapa nenek punyai rasa itu?? kenapa kejujuran dan kesetiaan yang nenek bangkitkan?? Ya Allah..Kau jauhkan perasaan itu pada nenekku ya Allah..Hanya PadaMu ku berserah

Tuesday, July 6, 2010

kU bErsYukUR YA TUHAN

Alhamdullilah....AKU dan ADY da bekerja.....kami sama-sama melangkah ke alam kehidupan. Ternyata bukanlah tempatku untuk berada disampingnya dalam mengorak langkahnya ke alam pekerjaan... Mungkin yaaa...aku agak terkilan kerana inilah impianku untuk berada dan berkongsi saat2 suka dan duka tatkala impiannya dan impianku tercapai. Saat ady susah suatu ketika dahulu ketika belajar, tika itu juga aku sentiasa berdoa agar dia dipermudahkan, meminta agar Allah mengabulkan impian kami berdua..agar dia dapat melakarkan cita2nya sebagai seorang pendidik..cuma aku tidak menyangka, aku tidak berada disampingnya tika kejayaan itu tercipta.

Dan tika saat dia berduka dan stress, diriku di sini juga tak pernah putus berdoa..dan pabila dia jatuh sakit, akulah orang yang paling risau dan tak keruan hinggakan ibu dan izat la yang selalu tenteramkan aku mengatakan kau tiada apa2..mungkin aku terlalu memikirkan, siapakah yang akan membelikan kau makanan? siapa yang akan bawakan kau ke klinik? dan adakah kau akan makan ubat? kerna aku tau....kau amat susah untuk menelan ubat..dan kau juga alami alahan pada 3 jenis ubat iaitu bactrim, poirstan dan septrim. Itu sume masih lagi ku ingat, apa yang kau suka, sakit dan segalanya.

Tetapi...baru ku sedar...sedikit ingatan untukku langsung tiada di mindamu...dan kau meminta maaf. Saat itu baru ku sedar...bukanlah aku cinta Agungmu, bukanlah aku cinta sejatimu..mungkin dahulu kau terlalu gopoh..kau ingat aku punyai kecantikan dan rupa paras..tetapi setelah kau lafazkan baru kau sangkakan yang aku tak punyai semua itu



Aku hanya punya hati ady...sekeping hati yang tulus dan ikhlas..hanya untuk suamiku. Aku juga punyai hak untuk hidup bahagia...tapi kau telah musnahkan. mungkin ini adalah silapku kerana mencintai kau sepenuh hati. Dan sepanjang usia perkenalan kita...sedikit pun aku tidak pernah melihat akan rupa parasmu...harta..duitmu..malah aku merasakan duitmu itu lebih baik diberi pada keluarga dan kegunaan dirimu. Dan keikhlasan hatiku telah kau bayar dengan seribu kedukaan yang kau lakarkan. Bukan mudah untukku terima seseorang...dan kini lagi susah untukku menerima kehadiran cinta.

Apa yang terjadi padaku semua adalah kerana cintamu...aku da tak mampu untuk terima cinta atau kehadiran insan lain. Airmata da sebati dalam jiwaku.. Semua kisah yang berkaitan dengan cinta, aku tak mampu nak tengok...'kenapa harus ada cinta?'

Ady..dira masih tidak percaya yang ady telah berubah dengan sekelip mata.. Adakah dulu dira terlalu buta dengan cinta hingga tidak nampak semua itu?...adakah keikhlasan dan kepercayaan sepenuhnya telah menutup mata dira..dira tak tau..dan dira masih lagi keliru dengan erti sebenar cinta

Friday, June 25, 2010

Tak tau nape ari ni rase nak nangis je...apatah lagi tengok drama Janji Kekasih...menitik air mata aku..TERKESAN AKAN KATA-KATANYA.

Chill man...padamkan ingatan ku padanya, Ya Allah bantulah aku....aminnn

Thursday, June 24, 2010

NIGHT AT TELUK CEMPEDAK

aFTer makan besar kat Tanjung Lumpur..muahhh terbarai da perutt...tenkiu AYAH!! hehe... Dalam around pukul 11.15 pm...kami singgah melihat keindahan pantai...' tak rehat lagi tuh'.. afiq la nak bawak tengok TC waktu malam, katenya cantik ade spotlight lampu. Lagipun lumrahla...ayah iron men..tak sah kalau tak jalan sampai lotih kalau pergi holiday..thats my GREAT DADDY...akan bawak anak2 dan isterinya bergembira walaupun badan da terlalu letih, letih kerana menguruskan zaki dan selamatkan anak2nya.. hahahaha...














Wednesday, June 23, 2010

CINTA

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah. Cinta pada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu yang dalam. Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa serta bersabar dengan Ujian Allah dapat merasakan nikmat itu. Dan perasaan itu tidak bisa digantikan dengn apa jua. Berbahagia dan bergembiralah dengan ujian tersebut kerana dengan bimbingan Allah pasti di penghujungnya ada cahaya yang menyinar..


Wanita sejati ibarat bintang di langit, walau sedikit cahayanya, mampu menerangi kegelapan


Dengan keagungan pahala dan pengampunan dosa


p/s : itulah apa yang ku rasa..perasaan sayu dan kasih yang tak dapat diganti dgn apa jua

quote: from majalah wanita


:: Amat pedih kehilangan insan tersayang apatah lagi yang akrab dengan kita...namun hidup perlu diteruskan.. Biar sesusah mana pun ranjau yang harus dilalui..kehidupan adalah fokus utama dalam perjuangan jihad pada diri - taqwa dan iman- sahabat dan masyarakat muslimin dan muslimat

Saturday, June 19, 2010

TriP tooO kuaNTaN - DAY 1

Minggu lepas aku ade cite pasal nak pergi ke gambang hantar zaki belajar ke KPTM..macam2 dugaan yang Allah nak uji. Ari 1st, pagi2 bertolak..dekat je highway NKVE, ade kete rempuh dari belakang mase tengah berhenti...xperasan kot. Da kemek teruk kereta maziah kakak kepada zaki. Ngalamat...postpone the next day..kete x boleh jalan..bincang2 pinjam kereta atuk.
Esoknye...pagi2 lepas subuh bertolaknak register. Alhamdullilah semua lancar. Sampai gambang dalam pukul 10. Register tunggu punyer tunggu sampai la kol 3 baru selesai..keluar makan, ayah bawak pergi makan ikan patin sungai tepi sungai Kuantan.

- Pendaftaran pelajar-

- Paklong n ibu -

- Makan ikan patin di tepi sungai Kuantan-
( acap n zaki )


Selesai je makan, hantar zaki ke kolej balik..cadang2 next program afiq nak bawa ke air terjun 'waterfall' kat sana.so kol 4.30 pm bertolak ke waterfall.



Kat sini la bermulanya 1 InSideN yang TakkAN DILUPAKAN - LEMAS

Waterfall tu memang dalam...macam takungan. Mulanya ayah nak bawa acap n biha berenang ke kawasan dalam. Acap berpaut pada badan ayah n biha paut badan acap.. 1 masa acap seakan tergelincir sedikit..akibatnya biha panik. biha terus menarik acap, acap mula tengelam. Bila acap mula tengelam timbul, biha pun lemas...akibat terlalu panik aka lemas, biha terus menarik apa sahaja untuk selamatkan diri.

Allah...aku melihat mereka. Ayah berusaha selamatkan anak2nya.
Kali pertama ayah tolak punggung acap..acap timbul, tapi tak bergerak sebab biha berpaut dan mungkin panik juga. kemudian ayah amek nafas lagi tolak dengan sekuat hati biha..perkara yang sama berlaku 3 kali...ayah berusaha bersungguh2 walaupun badannya tengelam timbul dan berada dalam keadaan bahaya. Aku nampak muka pucat ayah..ayah da tak berupaya..air da banyak tertelan. Dalam hati..ayah hanya mampu berdoa 'Ya Allah..Kau selamatkan lah anak2 ku...aku pasrah'. Ayah da tak pikir nyawanya...hanya fikirkan biha dan acap.

Aku dari jauh melihat acap berusaha sedaya mungkin untuk berenang dan ambil nafas...aku cuba mendekati..niat di hati ingin ku tarik baju biha. Ku kira ingin mengambil masa sedikit agar biha tidak menyedari kehadiranku dan aku dapat mencari posisi yang kukuh agar kakiku kuat jika menarik biha supaya aku juga tidak lemas bersama. Tapi..melihat hanya tudung nabihah sahaja yang kelihatan...aku tak berfikir panjang, apa yang ku tahu..adik2 ku mesti selamat. Nyawa ku letak numbor 2.

Aku terus pergi menuju ke arah mereka. Air da mencapai bibirku...tanganku pantas menarik baju biha...tapi tidak sempat kekuatanku menariknya, biha seakan mendapat kekuatan luar biasa, menarik aku dengan kuat,
pantas lengannya menarik leherku..aku tenggelam di dalam air cuba untuk meloloskan diri. Menolak nabihah...dan akhirnya...aku tidak berdaya dan sama2 tengelam. Apa yang dalam fikiranku hanyalah Allah..aku cuma memohon 'Tuhan..Kau selamatkanlah keluargaku'. Aku hanya berserah nyawaku jika Dia meinginkannya. Aku hanya berfikir...afiq sahaja harapanku untuk selamatkan adik2 ku dan ayah.

Sebelum ku ingin selamatkan adik2 ku sempat ku toleh pada afiq memberi isyarat...
Selang beberapa saat aku di dalam air berserah..aku terasa ada tarikan yang menarik bajuku. Lantas ku terus berenang dan menarik nabihah..Alhamdullilah semuanya terselamat... Setelah Afiq melihat aku turut lemas..sangkaannya ingin selamatkan acap dahulu, tetapi afiq putuskan untuk tarik aku dahulu. Bila sahaja biha dapat ku tarik, acap lepas dari cengkaman biha...ayah terus tolak punggung acap n acap dapat berenang ke tepi. Tinggal ayah sorang je yang tenggelam..ada seorang lelaki standby nak selamatkan ayah..cuma tunggu keadaan tengok macam mana ayah...ayah berusaha ambil nafas..dan dengan kuasa Allah, ayah berjaya berenang ke tepi.

Atas sebab itu, kami bersyukur yang teramat pada Illahi. Allah masih sayangkan kami semua. Balik je ke hotel.., selepas solat maghrib terus ku sujud syukur..bagaimana agaknya yang berlaku jika kami berempat pulang tetapi kain kapan melitupi tubuh...insiden ingin membantu pakcikku masukkan anaknya ke universiti, menguruskannya dari a-z bertukar trajedi yang menyebabkan kematian?? ibuku mengucap panjang...ibu kata ibu boleh jadi tak betul kalau hilang 3 anak n suami..

- Ibu dan Ayah -

Dari sini aku dapat merasa erti pengorbanan seorang ayah..dari raut wajah ayah. kasih sayang ayah pada anak2 nya..itu yang buat ku bangga dan merasakan ayah adalah yang terbaik di dunia..dan aku juga dapat merasakan, adik2ku..keluargaku amat penting. Kita takkan fikirkan apa yang berlaku pada diri kita tetapi apa yang berlaku pada yang TERSAYANG

SELAMAT HARI BAPA AYAH

Sunday, June 13, 2010

ANGIN??

Da lame rasenya tak mengupdate blog...
bukan ape..cam xde mood vs malas
ni pun baru je basuh kete ngan sume adik2 gotong royong malam2 buta neh
nak wat cam mane..sume car wash da tutup...ahad
Esok da nak bertolak ke Kuantan..makan angin seket sambil hantar cousin g blaja

Soo..before basuh kete 2 g makan dulu..
masa makan tak habis2 adik2 aku mengusik aku lagi2 si afiq buncitt tu hik3
punyer la kutuk aku...
katenya akak ni AnGin2...time angin puSS 2 tak usah cakap
habis sume dibersihkan..
pagi2 kite bukak mata tup2 ni sume2 ni di cuci, silap2 kat kete
sekarang ni...nak makan kuih pun punye la susah
kalu dulu,haaa...siap pizza, steak, ikan siakap 3 rasa, tomyam la...
fuhhh....ibu menyampuk..sekarang ni tak usah cakap la.., satu benda pun tak nampak
afiq kate...kite sume ni kan jangan cakap kat dia "akak"
tak gune....
kite kene berdoa biar angin puss2 dia datang...tranform jadi akak yang dulu
kikikiki...
aku rase nak sekeh2 je kepala sowang2 adik2 aku
ngan mak aku sekali join kutuk..
cis!!
hehe...tapi memang betul pon...

Yelaa...dulu lain...
Aku hepi je...sekarang ni cam tak de semangat...
pelan2 la...aku nak bangun
nak pulih....
badan pun sakit2...
rasa sakit sebab dilukai makan masa sikit nak sembuh
compare yang dulu...yela..dengan ady memang aku betul2 tulus
terima diri dia seadanya...
aku tak pernah melihat akan rupa paras dia
apatah lagi harta benda..
awal2 lagi aku tau aku akan hidup susah
tapi aku tak kisah...yang penting aku betul2 ikhlas terima cinta dia
dan dapat gembirakan hati suami aku dan keluarganya

tapi...entahla...
mungkin da ditakdirkan untuk aku belajar sesuatu
aku pun tak minta diri dihargai atas pengorbanan
sebab ape yang ku lakukan..kasih sayangku betul2 ikhlas
Cintakan dia...

Ape2 pun...aku kene teruskan langkah
Untuk aku menerima kemunculan cinta...
belum lagi sampai masanya
terlalu perit rasenya...
Perit rase dikhianati
tapi yang pasti...aku tak marah apatah lagi berdendam
pada ADY...malah pandanganku adalah sebagai sahabat
cume sakit itu masih ade
jadi aku tak mahu lagi rasa cinta manusia buat masa sekarang
yang aku ketahui..aku nak cari cahaya Illahi
nak tambah amalanku..mana tau mungkin ajalku tak lame di dunia ni
kene bersedia...lagipun da banyak dosa yang aku lakukan
insyaallah Allah akan aturkan yang terbaik buatku