Saturday, May 8, 2010

I LOVE U mumm !!!





SeLAmaT HarI IBU buat IBU yaNG PaLInG KU KASIHI
MuaaaaaAAAHHH....!!!!!! I LOVE YOU IBU....

FROM MY HEART......
IBU ADALAH YANG TERBAIK
pernah berlaku dalam hidup akak
masa akak sedih....
ibu pon menangis juga...

ingat lagi....
tika hari itu...
waktu akak jatuh tak mampu berdiri..
hari JUMAAT 1.30 PM....balik je keje...ibu masuk bilik..
terus je dakap aku....ibu peluk...ambil kepalaku ke ribanya...lalu diusap menenangkanku
air matanya jatuh melimpah...menangis bersama2 ku...
MAAFKANKU ibu...diri ini terlalu banyak membuat air matamu terus mengalir

IBU...
Kadang2 pernah terlintas di mindaku
Bagaimana sekiranya ibu nanti telah TIADA
ARHHH....tak mampu ku teruskan membayangkannya
AIRMATA ku jatuh membasahi pipi...
bayangku....BOLEHKAH AKU HIDUP TANPA IBUKU?? BOLEHKAH AYAH HIDUP TANPA IBU??
gELak tAWaNYA....
selalu menghiburkan sesiapa sahaja yang berada disampingnya
Jika ibu dikampung mertua...bila sahaja dengar gelak tawanya
pasti sepupu atukku terus datang sebaik mendengarkannya
ramai menyenangi kehadirannya...
ADIK2 AYAH...MAK & BAPA MERTUA, JIRAN2, KAWAN2
Sume mencari IBU....kerana mendengarkannya..
Buat hati terasa sejuk....

IBU sentiasa berkorban...
membuat yang terbaik untuk anak2nya mengasihi dan menyayangi suami....
ramai yang tak mengetahui susah payah jerih ibuku
bagaimana ibu selalu berada disamping ayah
meniup kata2 sokongan..
membantu ayahku mencari wang tambahan
menjual kain, menanyam rotan, tembikar, bunga dan banyak lagi

Align Centersehingga jari jemari halusnya luka... sehingga panas terik membakar wajah mulusnya.. sehingga larut malam bersengkang mata.. hinggakan tidurnya terjaga dini hari membuat aneka nasi dan mi untuk dijual
SEMUA KERANA KESUCIAN HATINYA

AKAK SAYANG IBU SANGAT2

:: SELAMAT HARI IBU BUAT IBU A** juga....moga diberi kesihatan yang berpanjangan dan kegembiraan yang hakiki bersama suami dan anak2 tercinta aminnn ::

YES!! YES!! HEPPY......

Malam ni aku nak buang rasa sedih.....CHAiYooKK!! Dira!!
Kenapa nak rasa sedih kalau dia kat sana GEmBiRaa??
soooo.....aku kene!!! HEPPYYY hahaha...
NAdhiRAh BOLEH!!


p/s : nak jadikan ni blog aku...no hiding identiti lagi dah

RaSA HeppYY GaKK coZZ riNI dAH BELi BaJU PreSEnt MAk diA
penat beli kat JAKEL SHAH ALAM
TINGKAT ATAS YANG MAHAL.....SPESEL,cess, baju aku pon tak mahal gitu.... siap lining dalam yang aku pilih paling mahal dan sejuk..yang penting selesa...duit xpe....

Tapi tak pe...janji hati aku puas coz dapat imagine mak dia hepyy nyer bila dapat pakai....
dulu masa mak dia cite kat aku dia sukeeee sangat pakai baju lining...memang aku da tanamkan dalam hati nak belikan dia gak.....soooo da tertunai....

Hmmm....NTaHLaaa....walaupun orang TAK SUKA dengan AKu, aku tak leh tak suka orang tu..
KALAU ORANG TU RASA GEMBIRA...AKU PON TURUT GEMBIRA BERGANDA UNTUKNYA
Yang penting.....aku dapat beri kegembiraan dan kebahagiaan pada orang lain...aku da puas..
tapi ibu slalu cakap....HABIS TU UNTUK AKAK SAPA NAK BAGI 'KEGEMBIRAAN??' - aku hanya terdiam..

Friday, May 7, 2010

:: kenapa dengan aku?? ::

Dah beberapa hari...baru ku perasan alarm yang mengejutkanku...deringan nya..
arhhhh..!!!!
"jangan diucapkan selamat tinggal
pada diriku...
yang menantikanmu..."
-sarah raisuddin-

Bila je aku bangun pagi....aku dengar sebentar..duduk dan tiba2 perasaan hiba menyelinap masuk ke rongga2 dadaku....mulalah aku rasa sebak...APa nAk JAdI dEnGAn aKU NI?? permulaan hari da bermula dengan hati yang sedih..macam mana nak bersemangat...

kebelakangan ni...acap kali aku diam...di rumah..office. Tengah duduk air mata laju je bergenang...sakit kerongkong ku menahan air mata dari mengalir depan ibu bapaku...kini, bila aku rasa sebak je dada...terus ku bersujud merintih di hadapan-Nya. Hanya pada Dia yang Memahami dan Mengetahui...bila malam2 ku tidak lena..terjaga di saat subuh hari, rasa sedih terus menguasai diri..teringat akan dia.. apa yang mampu ku lakukan??

"bangun malam melakukan solat2 tahajud, taubat dan hajat
solat hajat untuk ketenanganku....
juga untuk kesenangan dan kejayaan dia
tak pernah sekalipun ku lupa
selepas itu hati ini rasa ringan..lega selepas ku hamburkan segala kegusaran hatiku"

Ku mensyukuri kerna Kau berada disampingku

Sunday, May 2, 2010

:: warkah ku pada dia ::

salam buat semua sahabat2ku......
salamku buat mu...

Ingatlah satu perkara......
Betapa banyak kau buat padaku...
Kau takkan mampu mengantikan air mataku yang mengalir hanya keranamu...
Biarpun seribu tahun silih berganti...air mata ini takkan mampu diseka
Aku tau diriku hanya menyeksa diri sendiri...
Tapi aku tak mampu....
tak mampu untuk melarikan diri mengenang segala kisah2 kita
Dulu pasti senyuman terukir di bibirku
Tatkala teringat kan mu
akan tetapi...kini..pabila dirimu dan memori silam hadir....
Mutiara ini jatuh tanpa henti....
Adakah ia akan terhenti saat nafas ku terhenti??
Aku tidak tahu....

Aku tau sayang....

Aku tau cintamu telah hilang sedikit demi sedikit
Aku tau kau sentiasa merinduinya..
Kau hapus rindumu dengan selalu mendengar suara...
melihatnya di skrin2
Jauhhh....kau akan berpesan untuk kebaikan dirinya..
Kau menenangkannya..dan kau menjaga segalanya untuk dia
Kini....kau akan pulang...demi kerananya
Kau sentiasa mendambakannya....sepertimana yang kau penah dambakanku dulu

Pedih...memang sakit....
Pabila kita tau...lelaki yang paling kita kasihi
telah pergi buat selamanya...
Tak mengapa kau khianati ku sayang...
Aku takkan salahkannmu...ingatkah kamu?
Aku penah katakan dulu semasa kita menyemai kasih..
Dirimu hanya perlu nyatakan.....jujur...
kerna itu asas percintaan kita
Walaupun itu yang pernah ku utarakan..
Dengan cepatt...kau tangkis!!
mengatakan aKu AdaLAh ciNta AGuNGMu...walaupun pada saat2 akhir kita bersama
Tapi akhirnya segalanya berubah...ternyata lari dari butir2 manismu...
Sebab itu, aku tak menyalahimu sayang...
Sebab aku mahu hidupmu bahagia dan damai selamanya...
kerana kemaafan itu adalah kunci segalanya

Tapi 1 yang ku pegang...hatiku tetap kau pegang...
CINTAKU akan penah hadir HANYA SEKALI sahaja
hanya dulu....hAnYA UNTuKmU
Walaupun kau adalah yang keduanya..
tapi realiti kau adalah yang pertama dan terakhir buatku
CINTA SUCIku.....

Jangan risau sayang....
Bayang2ku akan lenyap dari hidupmu...
Yakni kau akan bahagia dengan insan baru yang hadir dalam hidupmu
CINTAKU telah mati buat sesiapa sahaja insan yang bernama lelaki
Aku tak menunggu kepulanganmu.....
Hatiku telah hancur..remuk...
Pabila mengetahui kehadiran insan istimewa dalam hidupmu
Tapi tak bermakna aku diam membisu dari hidupmu bermakna ada insan lain hadir..
Tapi aku bisu kerana tiada cinta akan penah hadir..
Kau telah tutup rapat2 hatiku.....

:: sekali itu ia hadir bagaikan satu cahaya warna warni dan hanya sekali itu ia hadir membunuhku..menghapuskan jiwa-jiwaku dan itu adalah selama-lamanya ::

Wednesday, April 21, 2010

kepuasan


Hmm....baru semalam aku kol ibu nak mintak pandangan nak kol syabas daerah..nk tanye prosedur dan berape jumlah bayaran tertunggak.yela..takut gak kite nak berbuat baik ni orang tersalah pandang. so kene tnye ayah dulu takut duit tak masuk lagi.

Tiba2 ibu bagi mesej pagi tadi kata 'akak da bagitau ayah dan a ke?' aku pon jawab 'xde la..'kenape?'. ibu kata 'xdela...macam dua2 tau2 lak..hehe'. aku pon katela... 'biasela instint...=)

so segalanya beres...aku dan keluargaku rasa gembira sangat kerna dapat beri sinar pada 1 keluarga yang susah yang putus bekalan air selama beberapa tahun. bayangkan apa perasaan mereka yang selama ini tak dapat satu keperluan yang kita ada, tetapi satu hari Allah memberikan nikmat dan kegembiraan "nikmat sebenar air itu". Mesti mereka gembira....

yaaa....itulah yang patut kita sebgai manusia lakukan, tak perlu kita terlalu kaya, kaya...tetapi cukupla walaupun nikmat yang Allah beri adalah sederhana, tidak terlalu susah, tidak terlalu senang, tetapi dengan nikmat itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan. kerana itu apa yang keluarga kami praktikkan ini, alhamdullilah kami tidak pernah putus makan, pakaian dan sebagainya. sentiasa cukup seolah Allah membantu kami...walhal kewangan dan perbelanjaan tidak cukup hingga sebulan..itulah nikmat bersedeqah...itu janji Allah pada hambanya. tidak perlu banyak, cukup sekadar sedikit kita berkongsi nikmat itu..dan pada hari ini juga akhirnya keluarga aku dapat merealisasikan janji mereka membantu salah seorang mereka yang susah walaupun kami tau kebaikan yang diberikan mungkin tak sama jika diberikan pada mereka yang senasib dengannya.

Yang penting..apa yang kami sekeluarga pegang...jangan mengharap balasan,harus ikhlas kerana tidak semesti mereka yang akan membalas tetapi mungkin juga orang lain yang akan membantu kita tika kita susah, alhamdullilah dapat berkongsi sdikit rezeki bersama mereka yang memerlukan, dapat memberi sedikit sinar dan cahaya pada mereka yang susah tidak kira siapa mereka, apa yang mereka pernah lakukan dan sebagainya.

Apa yang ibu bapaku ajar dan didik padaku..apa yang ku lihat dari kecil, kesabaran yang dimiliki ibu bapaku dalam menangani fitnah, tomahan dan cacian orang tanpa membalasnya...hanya berdiam, bersabar dan berdoa, sentiasa melakukan ihsan dan berbuat baik pada mereka walaupun sentiasa menerima cacian sehingga pada satu masa, pada satu ketika walaupun beberapa tahun sudah berlalu...insan yang membuat fitnah dibukakan hati oleh Allah s.w.t sedar akan kesilapan mereka...dan alangkah lapangnya hati dan dada orang tua ku apabila mereka sendiri memeluk dan menegur dengan penuh erat dan keikhlasan...yang selama ini pabila kedua orang tua ku ingin bersalam sesudah selesai menunaikan solat, mereka menepis dan berpaling tidak mahu bersalaman. Itulah kuasa dan kebesaran Allah.

itulah yang ku pelajari daripada mereka..aku melihat sendiri apa yang dilalui mereka, kesabaran yang mereka miliki serta prinsip yang mereka amalkan 'sentiasa bersangka baik sesama manusia sesungguhnya manusia akhirnya akan bersangka baik pada kita' dan 'sentiasalah kamu berbuat baik pada sesama insan walaupun insan itu tidak menghargai dan membuat buruk pada kamu, tidak mengapa, ikhlaskan hati dan sentiasa tersenyum kerana itu adalah ujian yang Allah inginkan untuk melengkapkan kita sebagai hamba dan menaikkan darjat kita sebagai hambaNya..jangan kita balas perbuatan mereka.." itu adalah apa yang mereka selalu terapkan padaku....


sbb itu, dari dulu walaupun rakan2 ku membuat onar, melayanku dengan buruk tetapi aku tidak pernah membalas..malah hati ini lembut memaafkan apabila mereka meminta maaf dan aku pula yang rase bersalah dan memeluk mereka...sbb mengapa? sbb bila aku dilanda musibah...biasenya aku akan memaafkannya dan tidak mengambil hati walaupun pada saat pertama kita terlalu sedih atas apa yang berlaku, selepas itu aku akan menolak semua perasaan tidak elok itu....

Ok..kita stop citer2 sedih ni....bergembiralah selagi mana kita di muka bumi Allah nie =)
Apa yang aku nak cerita skarang ni ialah.....apa yang paling aku teringin dan nak sangat pergi....
nak pergi sangat2 makan2 kat "LOOK OUT POINT"...
sampai skrang tak berpeluang lagi...waa...jeles sangat2 tgk gambar kawan2 pergi sana, makan2...bergambar...isk =(
bestnyer.....nak pergiiii.....hukhuk. tak tau la bile dapat.....

haaaa....kat sudut belakang tu la aku teringin nak duduk....waaa

salah sebuah restoran

yummmyyy...... =O

Sunday, April 4, 2010

minggu pertama april

Hausss.....puasa hari 1st...banyak membuat dan menerima panggilan....huh...
water water hahaha..tahann tahannn.... ^_^.

kalu dulu msti dia sindir gurau kat aku...
"itula dr dl xnak ganti puasa...kan da teruk nk puasa.."so skrg ape lagi..mula bertindak ikut nasihat..hehe...pas2 dia akan bg semangat..teruskannnnn dan aku bergelimpangan bila petang kelesuan...hahaha...tapi skrg, pandai2 sendiri la jaga diri...makan ke x ke, sahur ke x ke sorang2 tau...hihi

Friday, April 2, 2010

arhhhh.....bangunn


Air mataku berguguran kembali.....di luar hujan lebat membasahi bumi,seiring dengan air mataku...ku duduk lesu menahan sebak, beban di dalam dada. Ya Allah...kenapa semakin ku berusaha untuk melupakannya..semakin dekat bayangan dirinya padaku..aku tidak mampu lagi ya Rabbi...bantulah aku..mane diriku pergi??mane??mane dia menghilang....ya Allah kuatkanlah hatiku...aku bukan diriku lagi...
Pagi ni..entah kenapa masa drive ke office....lagu tilu-ku bukan aku ku hayatinya.....Allah...sungguh berat ujian-Mu......bait-bait lirik adalah apa yang tercoret di hatiku

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksakan
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kembali

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu