Friday, February 11, 2011

Pendakian ke Puncak... Episod 2

Majlis Pertunangan Amir Syafik & Nadhirah
5 February 2011

Semuanya berjalan lancar...
Seperti yang dirancangkan..
Mini Pelamin dah dipasang
Hantaran untuk manisan semua dah tersusun
AKU??

Dah pun siap dimakeoverkan..hehe

Bila sahaja rombongan En TUNANG terSAYANG-amir sampai
Mulalah aku tak tentu arah..
Dup dap dup dap...
Macam mane nieee
Ramai giler orang
8 kete beb...dengan family aku lagi...CUAKK
JADI CARANYA ialah...

hahhaa...gayut la
dengan En TUNANG-amir ye... (~_^)

Lepas je perbincangan 2 pihak
Menetapkan tarikh perkahwinan kami
aku dipanggil turun
Cuakkk...tapi maintain cool..heee
Dudk je aku kat pelamin
Mak En TUNANG pun datang ke arahku
Perghhh...kamera berkelip2 mengalahkan artis
Relax beb...cincin tak sarung lagi..hahhaha
Kelakar mengingatkan saat moment 2 dengan mak amir

inilah saat2 kenangan manis



Pendakian ke Puncak Episod 1

Majlis Pertunangan Amir Syafik dan Nadhirah
5 February 2011

3 hari sebelum....
"Aku tak boleh tidur...
Mungkin terlalu letih
atau...
Memikirkan banyak hal
hmmm.....

Tiba masanya...
Konon nak beli fresh flower pagi hari bertunang
Last2 kedai semua tutup
waaaaaa....SirEhku...
Tengah kalut2 takde bunga
Handphone berbunyi
waaa...En TUNANG terSAYANG bg mesej
Mesej yang tak pernah ku terima
sepertinya....dari En TUNANG ye...

Kandungan mesejnya:
Salam n morning sayang (^_^)
Hari ini 5/2/2011
Amir dan Dira akan diikat dengan tali pertunangan
Rasa seronok tak dapat nak gambarkan
1 perubahan dalam hidup abang
Perubahan yang lebih baik
Semoga kita dapat menempuh alam pertunangan
dengan lebih tabah
dan seterusnya ke alam perkahwinan

Terima kasih...
Kerana memberi abang peluang
dan menerima cinta abang...
Rasa bahagia tak terhingga
Impian yang lama abg simpan
Akhirnya jadi kenyataan
Thanx sayang sebab terima abg seadanya

Amir yang ayg kenal selama ini
Adalah true abang
Takde kurang takde lebih
Terasa moment ni sangat indah sekali

Dah2 g rehat secukupnya
Muka kene la berseri-seri
Nati kene sarung cincin (^_^)

Love u sayang...
Abang akan mencintai
dan jaga ayang hingga akhir hayat"

Hati tersenyum riang membaca text sambil berlari-lari mencari bunga...TIDAKKK....!!! Bunga sume tutup...Idea ibuku...curi bunga MPK tanam...'bunga sepit udang'.. egeggeggeee
pASTU??
Waaaa....aku takde bunga...Ibu mengajak pergi ke Indian Town Klang...SePARuH pERjalaNAn....Arhhhh....tak sEmpAt...lagi 45 minit mak andam nak sampai...Macam tau je maklang terus kol....Mula laaa aku mengadu camne nieee takde bunga maklang pun menghulur bantuan...NAH KAU..Sejambak bunga dari kebun atuk telah dirembat..akakkakka

-Inilah hasilnya pabila ku serahkan jambangan bunga pada designer aku..hehehe-

Thursday, February 10, 2011

CHENTA Amir.....

Tak tau kenapa....
Lepas je bertunang...
Selalu rindu amir sayang
Selalu tersenyum..

Amir Syafik...
yang tak pernah buatku bosan
yang sentiasa menghiburkan aku
Satu-satunya lelaki yang pernah buat aku teramat bahagia..

Amir Syafik...
Senyuman tak lekang di bibirnya...
Setiap kali bertemu pasti dia membuahkan senyuman
Dialah lelaki pertama itu...

Teringat akan sesuatu
Amir Syafik...
Pantang mendengar aku dalam kesusahan
Jatuh sakit...
Penat...
pasti dengan segeranya akan melihat aku
Kerisauan dia melebihi dirinya sendiri

Amir Syafik..
Tidak pernah berkira denganku..
Sanggup ambil leave
Semata-mata ingin menemaniku ke hospital
Risau melihat keadaanku..
Seharian bersamaku...mempedulikan perutnya yang lapar
Semata-mata ingin menemaniku
Menepikan soal duitnya
Yang lebur beratus ringgit...
Apa yang dia hanya inginkan
Aku sihat...

Ya Allah...Terima kasih atas anugerahMU ini
yang tak pernah ku rasakan selama ini
Dia ibarat lembayungku..
Tak pernah menyakiti ku
Tak pernah sekali membuatku susah
Sentiasa mengembirakanku...
Walaupun penat..
Apa yang dia ketahui
Aku ialah CHENTA nya

Sunday, January 16, 2011

Perjalanan......

Terima kasih Tuhan...
Terima kasih kerna kau temukan ku dengan dia
Terima kasih kerna kau jadikan sekian ini terjadi
Terima kasih kerna akhirnya ku temui 'permata yg ku cari'


Time ni aku kat agrotek resort ulu langat mencari line phone. Pada masa yg sama gambar aku dan amir dicuri tangkap orang (amir di teluk intan-majlis weeding) tengah kol...hehehhe

Dialah permata hatiku sekarang....
lelaki yang selalu melindungiku,
menjaga dan merawatku...
menghargaiku
dan amat menyayangiku

Terima kasih kerana sekian lamanya kau menungguku
6 tahun bukan satu tempoh yg sekejap
Yang tak pernah kau putus asa
Mengharap dan mencuba..
Terima kasih ya Illahi kerna kau bukakan hatiku untuknya
Bukakan mataku untuk lihat siapakah dia
Dialah putera yang selama ini ku cari
Putera yang akan membahagiakanku...

Rasa teramat bersyukur padaMu
Kerna berikan lelaki baik itu
Bakal mertua yang baik dan mengasihi ku (mak n ayah)
Bakal abang2 dan kakak ipar yang penyayang
Senang kata...keluarga yang baik dan penyayang
Sama seperti keluargaku
aminnn.... (~_^)


Friday, December 10, 2010

laSt TiME....

Seperti biase...semakin sibuk dan stress dengan keje, lagi2 production...cube la sehari xde masalah boleh x?? huh...nak bercuti pon xley....hampeh boss xkan approved, mc pun kene panggil...keee aku yg baik sangat pon xtau la..huhu...

k...kembali ke stori, al kisahnye...tetibe hak isteri cum boss ak gak nak wat suprise beday party dia utk suami dia cum boss ak gak...da la kepala ak tengah2 meletup sbb keje, bengkak mata aku sbb keje..huarghhhh....layannnnnzzz

then ini la pic mase party tu...diadakan di bora asmara damansara...ala2 romantik gitu..bali..exactly cam tamarind..tapi xla sehebat dan semahal gile tamarind yg makan 2 person sampai 25++...kene pulak dengan perut pelik En Teddy, hak itu pun xley ngam..ish pelik2......balik2 nasi goreng kampung dier...huh...pantang nampak nasi goreng kampung!! hahhaha...gurau je erh En Teddy
Ini antara dishes yg sempat diambil picture...giler melantak aku. lamb chop, beef and salmon fish...dah aku ingat berhidang...xtau lak main course...asyik makan je aku ni...harap je badan kecik...hahhaha....


Nak dijadikan cerita..bersebelahan kami...dalam restoran...salah satu partition dalam...'aku yang kat luar nyer'...ade krew BANG BANG BOOM...dok nak mengenakan orang...konon2 perompak la...hahhaha....kelaka tol cuak giler minah 3 orang tu...tetibe datang la beruk ni BANG kan minah2 ni...hahhahhaaa...ape lagi...tak lepas peluang shoot depa...hahhahha....


!st time aku g party beday ala2 western gitu...dengan ade main biola nyanyi utk kami...lagu beday..siap menari poco2...berbayar tu beb...huh....siap minum2...tapi bukan alkohol ye...ala2 barat la....hukhuk

k..sampai di sini saja....waalllaaaaaaaaaaa (^_^)

Saturday, October 30, 2010

Akhirnya......

Lame rasenya tak menulis blog...terlampau bz sejak akhir2 nie...akhir2 ni ke??? aku rase lame jer...waaaaa.....snaye da tak tahan badan, jiwa raga, mental dan segala2nya...ibu aku cakap, anak aku da macam orang jantan dah...hukhuk...

Bile da lame tak bukak n tulis blog...tengok2 da 2 bulan lebey tak bersihkan sawang2 blog..ahahhaha...so stat now,

i'm a big gurl, big responsible, big life and the most important got a wonderful life...
(walaupun gile penat keje)

Thanks to Allah akhirnya terhimpun segala hikmah disebalik kekecewaan
Thanks to all my family and friends

Monday, August 9, 2010

MESEJ IBU

Teringat suatu ketika dulu ibu pernah bagi mesej pada ku...tika itu aku baru ketahui, hatinya sudah punyai mutiara lain..itu pengakuannya. Pada masa itu, ibu seolah tau terobeknya hatiku walaupun tika itu aku mengunci diri di dalam kamarku...

Ini diantara mesej yang masih ku simpan hingga kini;

"Airmata bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas.
Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih...
tapi bangkitlah untuk membuktikan anda tak lemah hanya oleh Ujian perasaan.
Dia yang mengecewakan anda bukanlah insan terbaik.

Biar dia pergi hari ini daripada esok hari,
kerna setiap yang bernama setiap hari itu
adalah kelukaan yang lebih dalam...
setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik dari esok hari,
sebab kekecewaan hari ini
pastinya tak sedalam esok hari yang mendatang.

Semakin dalam rasa cinta dan sayang anda,
semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.


Marilah jadikan alam ini tempat yang lebih baik untuk menghirup udara bersih.
Berdirilah di atas bukit dan sama-sama menikmati dinginnya hawa dan saujana pandangan, usah jadi pendaki yang tak pernah sampai dan akhirnya kecundang.
Kitalah yang membawa diri kita sendiri ke puncak menara
dan ke dalam jurang dalam...

Fikir-fikirkanlah sendiri...
Andainya hidup ini boleh difahami dengan kewarasan
ia sesuatu yang amat indah
dan mendambakan belaian sayang...
Sayangilah diri...
tinggalkanlah dengan langkah yang teratur
andai anda terpaksa pergi...


Gagal melupakan kerna mengikut kata hati..
perasaan sedih sayu hiba tak seharusnya diturutkan sangat
sebab nyata ia merosakkan... ibarat jangan memikirkan pelangi...
bagaimana indahnya kita tak kan mampu mengapainya
kerna ia hanya ilusi...
Semakin berusaha mendapatkannya semakin ia menjauh...
mengejar pelangi hanya mengundang kekecewaan....


Bangunlah!
Bangkitlah!
Usah bersedih hanya disebabkan oleh
seorang lelaki yang tak jujur,
tak setia
dan sanggup memperlakukan anda sedemikian rupa....

Mengapa anda mesti kalah...
sedangkan nyata anda luar biasa bagus dan hebat sekali?
Sebagaimana hadis qudsi ada menyebut
"jangan berdukacita atas sesuatu yang Allah Swt telah selesaikan urusannya untukmu". Kesempatan untuk anda jadikan hidup berkualiti sentiasa terbuka selama mana kita mahu berusaha."


Pada masa kini, aku sedang berusaha untuk mengikis perasaan yang memakan diriku..aku cuba dan berusaha untuk gembira, gembira demi ibu ayahku, adik2ku...dan semua cintaku aku tumpahkan pada Yang Satu, kekasihku Allah swt...pada Dia aku memanjat kesyukuran dan pada Dia juga aku menghamburkan senduku...

Moga Ramadhan kali ini, aku diberi masa, kesihatan yang baik agar aku dapat menambahkan cintaku pada-Nya dan moga Ramadhan kali ini terhapuslah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Moga Allah terima taubatku...aminnnn~~~