Thursday, December 8, 2011

LOVE :: LOVE :: LOVE

S.U.A.M.I.K.U Amir Syafik
Terima kasih kerana mengangkat darjatku sebagai isterimu...
Setiap hari semakin hari
Hati ini semakin jatuh cinta padamu
Kelembutan wajahmu,, Senyumanmu...
Setiap kau mahu pergi ke kerja
dan Setiap kali kau pulang..
Pasti PELUKAN kau berikan
Tidak kisah la aku berada di mana...

Sayang.... Demi Allah...
Sedetik masa aku tidak pernah tidak bahagia denganmu..
Kau sentiasa limpahi ku dengan kasih sayangmu..
Kau menghargaiku.. dan kau menyayangiku
Kau adalah segalanya bagiku...
Kasih kita takkan penah pudar sayang...

TERIMA KASIH ALLAH

Thursday, June 30, 2011

A.N.U.G.E.R.A.H Cinta

"Wanita jangan dibilang cantik...tetapi sangat cantik
Wanita dijadikan atas nama cinta...

Kalau kita cari pasti akan jumpa

Tapi jumpa yang macam mana??

Kita yang buat pilihan

Penantian ini pasti akan membuahkan hasil..

Cinta takk
an datang kalau tidak dicari..."




Rasa suwittt sangat tengok video tomok n ayu....Betul kata dia..
Sebuah penantian pasti akan membuahkan hasil..dan
Cinta itu takkan datang jika kita tidak berusaha mencapainya.
Teringat dulu kisah AKU dan AMIR
Sebelum kami bercinta... DIA yang selalu menceriakan aku...
Slalu saja mesej2 dia hadir...Yang menghairankan aku...
Pagi2 masa aku tengah drive dia mesej wish 'Gudmorning'
Hurmmm......tika itu aku dah mula menyenanginya
Aku dah mula mengingatinya....(^_^)


Tapieee....
Kenapa aku dahulu tidak pernah membuka mata dan hati untuknya??
Butakah aku??
Aku dikira bertuah mendapat seorang insan yang boleh dikira ada RUPA PARAS,
baik dan sangat mengasihi kedua orang tuanya...
Ramai yang mengatakan dia 'H.E.N.S.E.M??


Anehnya... AKU tidak pula merasakan sebegitu semenjak matrik lagi
Ramai wanita yang sangkut padanya... tapie kenapa aku tidak begitu??
SEBAB.... Sebenarnya aku tidak langsung melihat parasnya


~my lurve~


AKU cintakan dia atas dasar hatinya...
Bila aku sudah mula menyayanginya...
Baru AKU sedar, dia sebenarnya H.E.N.S.E.M...
Itupun...setelah ramai orang yang mengatakannya...
Nak tau orang PERTAMA ialah SIAPA??
IBUlah....
Itu pun tetiba ia terpacul dari mulut ibu bila kami pergi ke bazar ramadhan 2010
Amir yang ibu jumpa 5 tahun lepas??
Itupun masa hantar aku ke PERHENTIAN BAS time MATRIK


HENSEM dan KECANTIKAN itu tidak penting...
Apa sekalipun rupa dan keadaan dia nanti...
Aku takkan pernah tinggalkan dia
Kerna...
Aku cintakan SIAPA dia
Bagi aku suami aku tetap HENSEM dari pandangan aku




p/s: kene sorokkan post ni...kalau dia baca mesti berdarah la telinga aku dengar dia puji diri sendiri lagi...wahahhahaaaa




Saturday, June 11, 2011

H.U.A.L.A.A.Aaaaaa......

Waaaa.....dapat je tulis blog tetibe terpandang weeding counter
D.A.M.N...!!! 3 month 2 weeks 5 days

Aaaaaaaa!!!!

Adakah aku sempaat membuat WEEDING PREP???
Hukhuk....Tau nape??
Mr TUNANG-tersayang kaki kene simen last week gara2 retak 3 main futsal
soooOOo...janji untuk buat baju baru aka cari kain kat jakel aka ukur badan
terpaksa ditangguhkan sebulan selepas Mr Amir Syafik dibuka simennye...
A.D.O.Y.A.I.I.I....

Ape2 pun boleh tahan gak la ape yang aku dah buat and sediakan:
Tengok Apa yang A.K.U dah B.U.A.T:

D.O.N.E
  1. Catering (resort and tradisional concept)
  2. Kad kahwin (tinggal map amir sahaja)
  3. Make up sanding, outdoor and malam persalinan (k.nana)
  4. Baju sanding (tapi xbeli kain + ukur baju) so dont hepy2 lagi yeahh..
  5. Baju nikah
  6. Baju persalinan (jawa L+P) (gaun, kot L+P), (korea P)
  7. Booked D.e.C.o.R dulang hantaran (orkid concept)
  8. Set katil pengantin (dah sampai) - king size, modern
  9. Cadar Pengantin
  10. Cat bilik...grey color
  11. Done booked photographer (3 event)
  12. YANG PENTING.... dah settle beli barang2 hantaran....kehkehkeh
  13. Sebahagian bunga untuk diletak di bilik aku
  14. Langsir bilik
  15. Kompang

Ape yang aku tak buat lagi?? Hmmmm.....

  1. Beli Kain Organza untuk cadar pengantin
  2. Doorgift...(doorgift special utk belah amir and tetamu)
  3. Kek kahwin hantaran
  4. Kek kahwin tingkat malam potong kek
  5. Pulut kuning bertingkat untuk majlis sanding
  6. Lengkapkan dokumen apply NIKAH
  7. Cari rumah sewa bulan 9, tak jadi beli rumah....tunggu kahwin setaun dua
  8. List kan jemputan
  9. Beli kain tirai untuk belakang katil tutup whole dinding...adoiii..
  10. Book for Silat (xpe...afiq boleh settlekan)
  11. Pergi NILAI beli kotak doorgift, bunga manggar, bunga telur pengantin and tetamu and banyak lagi....


Ini sahaja setakat ni yang aku ingat...sbb ambe kat rumah la niee...
Semua PLANNER yang aku buat ade kat PC office
Sat g baru check balik
Yela...sejak2 Mr Amir Syafik kaki bersimen takdenye aku nak nengok PLANNER tu





Y.E.S !!!!



HoyeeEEYYHH...!!!!
Nak tau nape??
Sebaaabbb.....aku da boleh bukak blog....hahhahhaaaa
Semestinye melepaskan gian menulis hilangkan segala tekanan di dada heee...
T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H kepada muhammad ashraf
kerana membantu kekandamu ini reset paswood blog ini...
muah muah luv uuuuu....kikikiki

Thursday, April 14, 2011

soooo S.W.E.E.T

Malam semalam amir bagi ku mesej dalam fesbuk mase aku chatting. Time tu lak tengah touching menangis suddenly teringat mak ady... kebelakangan ni bila terdengar je lagu 'Rossa-hati yang kau sakiti' teringat mak ady.... lagi2 mase di hospital... Jadi ceritanya bila amir chatting, dia ade state kan.... 'abang akan sayang ayang selamanya... itu janji abang'... Terus mengalir air mata aku bila baca apa yang disampaikan mesej itu

Ya Allah.... Kau gerakkan hati amir untuk lebih mengetahui aku dan mengenali siapa sebenarnya hati ini... Rasa terlalu besar petunjuk itu...

Antara kandungan mesej itu:

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta...
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata...
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah...
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah...
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah...
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah...hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, March 24, 2011

TERIMA KASIH A.W.A.K

Dulu saya ingat lagi
Masa kita belajar sama2
Kita selalu mesej2.. Kita gelak... kita bercerita
Kita pulang ke kampung halaman bersama2
Kawan2 tengok kita.. Kita rapat...
Selalu mereka usik kita.. lagi2 bila awak mesej saya
Sungguh..hati saya terusik..
Tapi saya nafikan... kita hanyalah kawan

Kita masuk ke Universiti..
Lepas orientasi awak mesej saya
Awak tak macam yg dulu... Kenapa awak tak panggil saya 'ko aku'
Kenapa panggil 'dira-amir'
Saya takut... Saya jauhkan diri dari awak
Kesian awak cari saya... Kesian awak tanye kawan kita mane saya
Saya minta maaf awak... Hati saya takut nak terima cinta
Hati saya untuk orang lain masa tu...
Lepas tu awak faham..
Awak jauhkan diri...

3 tahun berlalu...
Saya dikecewakan
Saya cari awak... Awak...saya perlukan awak temankan saya
Saya perempuan tak pernah ke Rawang..
Awak dengan gembiranya temankan saya
Teman untuk pulangkan barang2 ex saya

Kita semakin rapat tapi jauh semula
Setaun lebih berlalu...
Saya telefon awak tanya kabar...
Awak gembira, Awak bercerita dan awak ingin bertemu saya
Saya jumpa awak malam tu berhampiran rumah saya
Berat hati saya... Saya nak dirisik

Awak jumpa saya... Awak gembira sangat
Awak baru habis belajar, Awak nak cari keje
Awak bercerita tentang ex awak..
Awak bercerita tentang perginya kawan baik awak
Saya faham apa yg awak rasa
Tapi malam tu awk pelik
Awak pandang mata saya...
Saya cuba berlagak biasa.. tapi sebenarnya saya tak selesa
Awak tak pernah renung saya sebelum ni..
Cara awak meluahkan seolah2 ingin saya memahami sesuatu
tapi saya menafikan akan perkara itu

Kemudian kita pulang
Saya tak sedap hati...
Secara halus saya nyatakan saya da berpunya
Awak terdiam.. tapi awak berlagak biasa
Awak kecewa lagi
Saya tau awak tengok friendster saya
Awak tengok gambar saya dengan teman saya
Awak nak kepastian
Maafkan saya awak..

Setahun berlalu...
Saya dikecewakan sekali lagi
Saya teruk jatuh terduduk..
Saya tak cari awak... Saya cuba bangkit sendiri...

8 bulan kemudian..
Kawan kita buat reunion
Kita lepak ramai2... Saya bawa biha untuk teman saya dengan awak
Kawan2 tanya perihal putus
Saya berlagak biasa
Awak nampak terkejut...
Maaf saya tak bagitau awak
Saya tak nak awak rasa saya perlukan awak bila saya susah

Kita pulang bersama...
Bila di kereta perbualan awak lain
Awak ada cerita awak cari seorang permaisuri
Yang boleh menjadi kekasih dan isteri yang baik
Awak dah berubah... Awak bukan lagi cari yang 'hot'
Tapi sekali lagi saya tak percaya
Apa yang awak cakap seperti angin yang lalu

Hari demi hari kita semakin rapat
Kita selalu mesej
Awak ajak saya keluar
Tapi saya keberatan... Saya seronok sangat berkawan dgn awak
Ibu nampak perubahan saya...
Sepanjang itu... sudah banyak kali awak cuba sampaikan keinginan awak
tapi saya... masih buat tak faham..
Degilnya saya...
Saya cuma nak awak terus terang saje..
Saya nampak keikhlasan awak... Saya nampak cinta awak dalam mata awk
Mata yang penuh dengan cinta
Yang tak pernah saya lihat dimana2 lelaki yang saya kenal selama ini
Itulah saat saya mula bukakan ruang kenali awak

Satu hari..
Akhirnya awak luahkan isi hati awak
Awak lamar sya dan ingin kukuhkan ikatan kita
Awak tak nak lepaskan saya
Saya ingat lagi awak selalu cakap...
Hanya saya seorang yang awak rasakan
Awak nak jadikan saya sebagai isteri awak
Dah lama awak simpan perasaan tu..
dan awak pun tak faham kenapa awk berperasaan demikian
Saya terharu sangat...

Terima kasih awak..
6 tahun awak menunggu untuk sebuah jawapan
Bukan tempoh yang sekejap...
Tak pernah putus asa.. Tak pernah kalah..
Awak lihat setiap perjalanan saya
Itu istimewanya awak..
Dari sebuah persahabatan bertukar kepada percintaan
Sangat unik... Saya senang sangat dgn awak

Awak baik sangat dgn saya.. Awak sayang saya
Awak ambil berat akan saya
Awak sayang famili awak dan saya
Dan awak bertindak sebagai seorang abang pada famili saya
Awak boleh bergaul dgn mereka
Ternyata mereka semua sanagt gembira
Terima kasih akan kasih sayang awak
Saya janji saya akan sayangi dan cintai awak hingga ke akhirnya



Thursday, March 10, 2011

S.E.K.I.N.C.AN vs K.E.L.A.N.T.A.N

Yeaaaayyyyy.....!!!
Esok kami pergi bercuti...!!
Yeke?? hahhaha...takla...Sebenarnya kami kene menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN member Amir-sayang di sekinchan dan kemudian konvoi ke kelantan weeding MATLE...hihiiieee
First time dapat spend time lama2 bersama En Amir-sayang
Kelantan~~~ W.A.I.T for meeee
Heee..... (^_^)

Tuesday, March 8, 2011

B.A.H.A.G.I.A Ohh

Tengah layan lagu Radja - MAAF
Perghhh...layanzzz
Rase bertambah2 sayang lak hehehheee


Cite last week, sabtu lepas amir terpaksa keje coz ade contracter aka vendor dia nak datang
So kene monitor keje vendor, xley harapkan technican dia...hmm... susah bebeno bile dapat En Tunang keje kat UMW
(U MUST WORK)
Citernye...
Name je company besar... tapie engineer cume satu for each company..haprak
Hangin aku bile amir terpaksa keje teruk
slalu stress....menjerit dia kol aku bile habis keje..huhu
Tapi aku suke dia menjerit hehehee...
Sian En Tunang... tapieee...SIAN kat A.K.U snaye...
kene bermadu dgn keje dia...

waaaa..... jgn risau sayang..
ayang akan selalu doakan segala impian abang..
cita-cita untuk masuk oil and gas akan tercapai...
tapieee...cm nak bergenang gak air mata aku...
kalau dia kene jauh g pelantar cm ne...???
hukhukkk...

pape pun nak cite ari pagi ahad ritu..
aku bersama afik n de gang pergi bermandi manda ke sg sendat
perghh...jauhhhh
citernye...da la penat memasak utk depa ni,
drive pulak... balik petang tu baru nak lelap mata
En Tunang terus kol, aku dengan gatalnye mengadu la lapar..
En Tunang terus offer diri nak jumpa aku..

A.K.U..??
Of course nakkk... Nasib baik la sayang abang ni jenis lasak taw...hehehhe
Pergilah aku ke rumahnye...
Lepak minum petang..
Lepas je maghrib, bersama bakal abg ipar 'abg arif' dan En Tunang
kami makan sama2 di luar...
Best borak2, gurau2 n gelak2...
papepun sangat fun...
Tenkiu sayang.... Abang sangat baik dekat ayang..
Tak pernah sesiapa pun baik cm mane abg..
Kasihnye abg pada ayang..
Ayang bahagia sangat... (^_^)



Monday, February 28, 2011

Sang Pujangga....

Tiba-tiba teringat akan luka itu..
SAKITTT....terlalu DALAM...
PELIK??
Aku tau tidak perlu ku memikirkan semua itu..
Sudah lama telah ku delete dari fikiranku itu... Aku dah ada segalanya... Hatta seorang insan yang amat mencintai aku..dan begitu juga aku...yang sanggup berkorban apa sahaja demi kasihnya pada ku...
TAPIEEe....
kadang2 ianya datang tanpa diundang.... SAKIT itu datang... buatku rasa nak menangis secara tiba-tiba dan sakitnye hati..
kENAPA??? Kenapa dahulu aku bertemu dengan dia?? Kenapa aku baik sangat dengan dia?? Kenapa dia boleh lukakan aku sebegitu teruk?? Kenapa dia tergamak memperlakukan aku begitu?? Kenapa kejamnya dia?? Kenapa dia boleh berpaling dariku dengan begitu pantas?? 4 bulan sahaja terus declare?? dan aku?? Adakah kasih sayang dia itu DUSTA??

Itu tak termasuk mengusha dan bermain percikan awal chenta... bermaksud hanya sebulan dua dia MUNGKIN bersedih... YAAAaa...itu yang sebenarnya... KASIH SAYANG itu hanyalah pura2.. Dia hanya menjadikan 'kau' sebagai pengubat sepi... Sepi dan sedih kerana chenta yang terpendam dimiliki orang... yakni juniormu itu...Itu yang sebenarnya....


Lagipun pernah kau fikir?? Ada dia pernah risaukan kau jika kau alami kesusahan.. Tak kan.... Ada dia selalu amek berat pada kau?? Ada dia selalu lihat kau dengan penuh dalam dan tak pernah lepaskan pandangan?? Ada kau lihat chentanya?? Ada dia selalu gembira dan tersenyum tatkala tiap kali bertemumu?? ADA?? TIDAKKK.... Ada pun minimal je... Bukan seperti chenta sejatinya seperti alwani...

TAPIEEeee apa2 pun...
Kesian pada ibu yang bengkak mata mengalir air mata kerana dia... Kesian ibu yang penat susah masakkan dia.. Teringat ibu mesti terbaring sakit2 badan masakkan untuk dia... Kesian ibu yang terpaksa terima hinaan dan fitnah dari mak dia... Ibu terima dengan penuh sabar...tak pernah ku tengok insan yang sedemikian rupa

Buat si dia...terima kasih di atas segalanya... DIAM kau melindungi kebenaran dan membenarkan fitnah itu walhal kau tahu keadaan sebenarnya.. dan kau kenal siapa ibuku dan ternyata ia begitu terpesong dari amarah dan hinaan ibumu. Kau tidak langsung bersuara dan nyata kau membenarkannya... TIDAK MENGAPA jika kau hanya lukakan aku sahaja, TETAPI ternyata ia sia-sia untuk ibuku menabur seluruh kasih sayangnya untuk diri sepertimu...

SEKARANG... nampak ibu da gembira.. gembira bersama suami dan anak2 terchenta... dan paling ketara gembira kerana bukan sahaja aku bahagia bersama amir tetapiiieee ibu juga lebih bahagia bersama amir. Dengan PERPISAHAN ini.. ternyata ibu sangat hepi mendapat bakal menantu yang baik dengan anaknya, yang riang dan hormat ibu ayah...langsung tak pernah susahkan ibu ayah, malah sentiasa menolong jika ada kesukaran dan bukan itu sahaja... ibu teramat gembira mendapat bakal besan yang sangat baik... Ibu tak sangka mak amir boleh belikan baju sepasang sedondon buat ibu n ayah...siap berbalut dalam kotak lagi + reben... hahhahaa.... berborak mereka berdua dalam telefon punyelah lama... belum lagi bile aku datang je rumah amir, tak sah suruh aku makan dulu... (^_^)

yang pENTING...A.K.U dan A.M.I.R sangat heepiEEeee lihat mereka

BUAT Ibu... ini adalah hadiah dan balasan yang Allah berikan pada ibu dan ayah atas kebaikan yang ibu lakukan pada 'orang lain'.. ini adalah balasan untuk kesabaran kalian dan ini ialah balasan atas semua keikhlasan tanpa mengharapkan sebarang balasan dari mereka... aminnn...

Ya Allah... aku tidak mengharapkan sebarang penghargaan dan balasan dari dia dan mereka... Atas dasar keikhlasan itu ya Allah... Kau berikan sinar bahagia untukkku, Kau datangkan aku seorang insan yang lebih menyayangi dan menghargaiku serta Kau anugerahkan aku kalangan keluarga yang baik... Ku bersyukur kepadamu Illahi

Tuesday, February 22, 2011

MOMENT-MOMENT CHENTA 1

Kisah KAU dan AKU
Pertemuan Pertama after habis Belajar....


Tiba-tiba teringat kisah-kisah lalu
Bagaimana kisah KAU dan AKU...
Dari selepas kita di matrikulasi Kedah
Hingga aku sambung ke Universiti
Clash, Risik dan Putus
Ternyata kau mengikuti setiap langkahku....
Inilah sinopsis bagaimana bibit chenta bermula

Selepas sahaja kami habis belajar di matrikulasi Kedah dan aku di UMT....tika itu aku baru sahaja clash 'chenta pertama'....dia menghulurkan bantuan...menemaniku untuk memulangkan barang-barang ex ku...itu PERTEMUAN PERTAMA selepas kami habis belajar - 4 tahun tidak berjumpa.



Venue: Reunion Pertama (Pertemuan Kedua...)
Lokasi: Sunway Pyramid

Lepas sahaja insiden itu..kami putus seketika...Amir dengan kehidupannya dan Aku dengan kehidupanku... 8 bulan kemudian... kawan kami~~ PALI mengaturkan REUNION kali pertama bagi ex KMK f1t7 and f1t8...

-Bersama zad, amir, khabib, mil dan pali-

Masa itulah aku bertem
u semula dengan amir.. menaiki kereta bersama Amir dan Zadhirul... tapieee....tika itu aku dah bersama ADY dimana aku telah dirisik... Luluh hati si 'dia' bila mengetahuinya tetapi lagaknya cool.... sangat cool hinggakan pabila aku sibuk membelek salah satu barang untuk hantaran bertanyakan pendapat dia.. dia berlagak seperti biasa..
***note: aku tak mengetahui dia ade hati ye...so..jangan salahkanku...sowieee darling...hehehheee

-bersama nazmil-


Venue: Reunion Kedua (Majlis Berbuka Puasa)....... Pertemuan Kelima
Lokasi: Alamanda Putrajaya

-Bersama nazmil, khabib, amir, pali dan biha-

-FuyoooOO...tengok orang tu!! Gaye tak nak lebeeeEEYY...hehhehe-

Snaye ade cerita di sebalik reunion kedua... Disinilah bermulanya detik2 perkenalan rapat kami. Setelah lama kami tak contact antara satu sama lain...reunion ni barulah aku tau amir dah bekerja di shah alam, tapiee..aku cam dengar tak dengar... bila balik rumah baru ingat2 ape yang dia cakap...soo, aku pun tanye balik masa on da way balik.. 'bukan ko keje pulau indah ke?'

Dia kata..'tak la...aku da tukar tempat keje..' so...aku pun menjawabla,'ooohhh, ko tau x? sebab tu la aku jarang contact ko ajak hangout..sebab ko kate dulu tempat keje ko komunis, jauh lak tu kat pulau indah'...hahhaa...dia pun tergelak..

Dan satu lagi..kat sini merangkap reunion ni..masa aku on da way balik...En Amir ni punyela bercerita nak cari pempuan baik2..da tak nak dah cari hot chick.. SERIK katanya..tapi aku cam biasa la...langsung tak amek port..yelaa..sapelaaa nak percaya cakap En Amir, dia yang suke HOT CHICK..KASANOVA...tetiba taste bertukar... ANEH..hahhaha

Tapiee...semenjak keluar reunion ritu...hubungan kami lebih close dari dulu, tapi tak lebeh dari seorang kawan ye.. Nak tau kenapa??
Sebab amir baru tau aku dah kosong... Terpinga2 dia bila mereka bertanyakan aku pasal insiden putus itu.. huhu...8 bulan aku mendiamkan diri dan sengaja sembunyikan dari amir bahawa aku telah kosong adalah kerana:
1) Aku tidak bersedia untuk menerima kehadiran insan istimewa -lelaki-
2) Aku tak nak dikatakan berkawan @ mencari amir bila rasa kesunyian. NO!! itu bukan aku, aku berkawan dan mencari dia bukan sebab itu...tapi sebab dia ialah kawan aku..

Jadi semenjak hari itu... Amir mula menunjukkan reaksi, mengajak aku temankan dia membeli baju raya tetapi hajat tak kesampaian...yela..malam beb~~, mane boley..hihihi...sanggup tunggu aku nak beli baju raya..last2 kene beli sendiri gak la..hehheee


Hubungan rapat kami berlanjutan hinggalah sambutan raya 2010....Ingat lagi waktu tu hari raya ke 5, aku dan amir dah start keje dimana kebanyakan orang masih lagi bercuti...harus diingatkan disini..waktu itu, aku dan amir keje tak macam HANTU lagi..kikiki... Jadi ceritanya..pukul 5.40pm.. aku pun menelefon la En Amir... saat tu mengedik panggil 'i' 'u'... ajak pakcik amir keluar.. hati ingat nak ajak2 ayam...saje..tapi time tu pun memang stress, bukan stress keje tapi tension kene keje waktu2 tengah mood rayeeEE...hahhaha~~....last2 dia betul2 cakap BOLEH3..on da way datang ke office aku... Perghhh..tak terkata aku..pakcik Amir ni memang tak boley wat main, mesti TERKEDU aku. Banyak kali dah terkene ngan dia nie...hahhhaaa...sooo kol 6 tepat dia datang... Kami pun pergi ke Tasik Shah Alam berjalan2 dan makan2....

Alkisahnya...sepanjang kami menuju ke Restoran Tasik....punyela En Amir kita ni beriya bercerita pasal pempuan idaman dia nie.. A.K.U?? Hmm..apa lagi?? Aku pun suka la mengusik dia... lalalalala~~ tak nak percaya cakap dia... siap cakap.. "udah2 la Amir...aku kenal ko kot..hiihihiee"... dia pun menjawab... "iye...setiap orang kan akan berubah, kenapa u tak percaya lak??" (p/s: lepas ngedik panggil i u kat phone tadi terus bertukar aku ko pada i u..hahhahaa)...

sooOO dengan muka selambanye aku hanya berkata "yela tu.." dan raut muka ku seperti amek endah tak endah...hehehee... Lame-lamee bila dia penuh komitmen bercerita pasal wanita idaman, datang pulak gerak ati aku ni..."pehal pulak la mamat ni beriya bebeno bercerita pasal benda ni.." Aku betul2 tak faham..amir yang tak pernah serius nampak ade sedikit keseriusan di situ...hmm..sangat2 pelik.. Tapiee macam biasa... ignore kan... Hakikatnya bila Amir bertindak begitu la persepsi aku pada dia berubah sedikit...aku da mula percaya.. YUP, dia memang da tukar taste perempuan... Tapiee..itu tidak bermakna aku faham..sebab masa itu hubungan kami tidak menampakkan ke arah lebih dari seorang kawan...cume... mungkin amir agak pelik sedikit pada petang itu kot...egegeggee (^_^)


Haaa....kat sini la best cite...
Tunggu kesinambungan cerita selanjutnya...hehehheee

Monday, February 14, 2011

WEEDING EXHIBITION

Last Sunday....aku bersama En TUNANG-amir pergi ke Weeding exhibition di Shah Alam Convention Centre. Ini sume gara-gara En TUNANG-amir yang beriya ajak...waaaaa~~ !st time pergi ke tempat2 macam ni...kalaula tak kerana nak kawen jangan harap la ku nak melangkah ke tempat ini..penat beb...huhu, kalau setakat penat tak pe...INIEEE PENINGGG...waaaa sob sob


Maka aku bersama En TUNANG-amir seharian berada di sana. Setelah pening2 lalat berpusing ke sana dan ke sini...maka aku dan En TUNANG-amir mengambil keputusan untuk berehat seketika...keluar dari dunia yang menyakitkan kepala...pergi ke PKNS Shah Alam minum makan sambil berbincang...
Al-Maklumla...bile da suasana mcm tu macam mana la nak berbincang...apa yang penting...kami mengutamakan "communication" dalam perhubungan kami..hehehe... SETELAH berbincang dan menapis segala brochure yang tak masuk DEK akal.. En TUNANG-amir telah tolong saya menyenaraikan list mereka yang kami ingin tuju.

Hahahhahaaa...hasilnya...kami tetap tak dapat baju dan pelamin yang diinginkan...kakkaka. PADAN MUKA aku...Sian En TUNANG-amir... Dia bertungkus lumus bertanya itu ini menemankan aku... CAYANG DIA!!! (^_^)

Apa yang ku tahu...masalah catering da tak de masalah.. Tinggalnya pelamin, baju dan make up. Lain-lain nak kena bertanya kawan yang da kawen...semestinya En AGUStus..hehehhe
KAD KAWEN?? Semestinya i dah dapat, dekat PUCHONG PERDANA..soooo note kan sume kat note book, sampai masa i and En TUNANG-amir akan pergi. Mungkin bulan 7 hehehhe

KATIL?? Alamak...!!! En TUNANG-amir...anda terlupa untuk listkan dalam schedule kite... Hmmm...bulan 7 kene stat survey... En TUNANG-amir...help me carikan katil kite..sesuai dengan kite yang TINGGI nie...hehehhee

konsep purple-putih theme aku

Lagieeee....
TIDAk TIDAkkk
...
Tak mo pikir.... Boleh tak tak mo pikir hal kawen dulu...please En TUNANG-amir...penat la....ini sume bahana nak kawen 1/10/2011.... En TUNANG-amir tak suka last minute...prepare awal2...
MINTA MAAF
En TUNANG-amir...
kerana KURSUS KAWEN da penuhhhhh...waaa...ada kosong 19-20 march je...itu pun kene hantar borang ke JAIS, masalahnya...kami ni busy....sapenye nak tolong hantarkan ke sana...huhuhu


Nampaknye...En TUNANG-amir da kol kata nak jumpa....so maap ye boss..da pukul 7.30 pm...i nak BALIKKK...Wait for me sayaaaanggg (^_^)

Friday, February 11, 2011

Pendakian ke Puncak...Episod 3

Majlis Pertunangan Amir Syafik & Nadhirah
5 February 2011


Kesinambungan selepas sesi sarung cincin...

Para tetamu dijemput makan

Mereka yang
taiko kami hidangkan khas untuk mereka di dlm rumah

Saat itu....

Aku berada di tangga bersama sepupu2 ku
untuk sesi fotografi
Datang Amir masuk ke rumahku
Biha menyambutnye...

TIBA-TIBA
Dengan gentle nye En TUNANG-amir
Memberi bunga yang sangat cantik padaku...

Mulalah biha meng 'instruct' En TUNANG-amir dan aku
Duduk di atas Mini Pelamin hahhahaa...
time rase nak je ku ketuk
tapiee...
SERONOK


How romantic him...
Photographer2 kami apa lagi.. Tak melepaskan peluang mengambil picture kami
Kami gelak...
Kami ketawa
Kami bergurau senda..

Semua dirakamkan...

Buat pertama kalinya.. amir membuat sesuatu yang sangat romantik...
Yang tak pernah terlintas di benak fikiranku
bahawa dia akan berani melakukan itu

Dia mampu memikirkan... Dan melakukannya di depan orang
Kegembiraan...
Kejujuran.. dan Keikhlasannya.. terpamir di wajahnya..
Seperti biasa...

Matanya tak pernah terlepas dari memandan
g ke arahku

Lihatlah...betapa heeepy nye dia masa tu.. (~_^)


Adik-adikku juga...heee..
p/s: excited siap pakai baju melayu lagi tuh



Pendakian ke Puncak... Episod 2

Majlis Pertunangan Amir Syafik & Nadhirah
5 February 2011

Semuanya berjalan lancar...
Seperti yang dirancangkan..
Mini Pelamin dah dipasang
Hantaran untuk manisan semua dah tersusun
AKU??

Dah pun siap dimakeoverkan..hehe

Bila sahaja rombongan En TUNANG terSAYANG-amir sampai
Mulalah aku tak tentu arah..
Dup dap dup dap...
Macam mane nieee
Ramai giler orang
8 kete beb...dengan family aku lagi...CUAKK
JADI CARANYA ialah...

hahhaa...gayut la
dengan En TUNANG-amir ye... (~_^)

Lepas je perbincangan 2 pihak
Menetapkan tarikh perkahwinan kami
aku dipanggil turun
Cuakkk...tapi maintain cool..heee
Dudk je aku kat pelamin
Mak En TUNANG pun datang ke arahku
Perghhh...kamera berkelip2 mengalahkan artis
Relax beb...cincin tak sarung lagi..hahhaha
Kelakar mengingatkan saat moment 2 dengan mak amir

inilah saat2 kenangan manis



Pendakian ke Puncak Episod 1

Majlis Pertunangan Amir Syafik dan Nadhirah
5 February 2011

3 hari sebelum....
"Aku tak boleh tidur...
Mungkin terlalu letih
atau...
Memikirkan banyak hal
hmmm.....

Tiba masanya...
Konon nak beli fresh flower pagi hari bertunang
Last2 kedai semua tutup
waaaaaa....SirEhku...
Tengah kalut2 takde bunga
Handphone berbunyi
waaa...En TUNANG terSAYANG bg mesej
Mesej yang tak pernah ku terima
sepertinya....dari En TUNANG ye...

Kandungan mesejnya:
Salam n morning sayang (^_^)
Hari ini 5/2/2011
Amir dan Dira akan diikat dengan tali pertunangan
Rasa seronok tak dapat nak gambarkan
1 perubahan dalam hidup abang
Perubahan yang lebih baik
Semoga kita dapat menempuh alam pertunangan
dengan lebih tabah
dan seterusnya ke alam perkahwinan

Terima kasih...
Kerana memberi abang peluang
dan menerima cinta abang...
Rasa bahagia tak terhingga
Impian yang lama abg simpan
Akhirnya jadi kenyataan
Thanx sayang sebab terima abg seadanya

Amir yang ayg kenal selama ini
Adalah true abang
Takde kurang takde lebih
Terasa moment ni sangat indah sekali

Dah2 g rehat secukupnya
Muka kene la berseri-seri
Nati kene sarung cincin (^_^)

Love u sayang...
Abang akan mencintai
dan jaga ayang hingga akhir hayat"

Hati tersenyum riang membaca text sambil berlari-lari mencari bunga...TIDAKKK....!!! Bunga sume tutup...Idea ibuku...curi bunga MPK tanam...'bunga sepit udang'.. egeggeggeee
pASTU??
Waaaa....aku takde bunga...Ibu mengajak pergi ke Indian Town Klang...SePARuH pERjalaNAn....Arhhhh....tak sEmpAt...lagi 45 minit mak andam nak sampai...Macam tau je maklang terus kol....Mula laaa aku mengadu camne nieee takde bunga maklang pun menghulur bantuan...NAH KAU..Sejambak bunga dari kebun atuk telah dirembat..akakkakka

-Inilah hasilnya pabila ku serahkan jambangan bunga pada designer aku..hehehe-

Thursday, February 10, 2011

CHENTA Amir.....

Tak tau kenapa....
Lepas je bertunang...
Selalu rindu amir sayang
Selalu tersenyum..

Amir Syafik...
yang tak pernah buatku bosan
yang sentiasa menghiburkan aku
Satu-satunya lelaki yang pernah buat aku teramat bahagia..

Amir Syafik...
Senyuman tak lekang di bibirnya...
Setiap kali bertemu pasti dia membuahkan senyuman
Dialah lelaki pertama itu...

Teringat akan sesuatu
Amir Syafik...
Pantang mendengar aku dalam kesusahan
Jatuh sakit...
Penat...
pasti dengan segeranya akan melihat aku
Kerisauan dia melebihi dirinya sendiri

Amir Syafik..
Tidak pernah berkira denganku..
Sanggup ambil leave
Semata-mata ingin menemaniku ke hospital
Risau melihat keadaanku..
Seharian bersamaku...mempedulikan perutnya yang lapar
Semata-mata ingin menemaniku
Menepikan soal duitnya
Yang lebur beratus ringgit...
Apa yang dia hanya inginkan
Aku sihat...

Ya Allah...Terima kasih atas anugerahMU ini
yang tak pernah ku rasakan selama ini
Dia ibarat lembayungku..
Tak pernah menyakiti ku
Tak pernah sekali membuatku susah
Sentiasa mengembirakanku...
Walaupun penat..
Apa yang dia ketahui
Aku ialah CHENTA nya